Bagi saya cerita tarian bogel ataupun tarian separuh bogel tidaklah pelik kerana di negara kita, Malaysia kerajaan yang memerintah melalui mandat rakyat telah sekian lama memberikan keizinan.

Saya berpengalaman pada tahun 1991 hingga 1993 bekerja di dua buah night club di sekitar Johor Bahru.

Dan saya masih ingat pada malam-malam tertentu, setiap malam Sabtu atau malam Ahad akan diadakan tarian yang dinamakan tiger show, model atau artis wanita dari dalam negara dan luar negara dijemput untuk buat persembahan.

Di sana kita boleh lihat bagaimana budaya lucah dipaparkan kepada orang ramai tidak kira peringkat usia dan saya pasti itu bukan perkara baru.

Dalam hal ini, MCA mengetuai dalam projek mendapat untung dalam merosakkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

Puncanya adalah Umno itu sendiri, bagaimana Umno boleh suka dan merestui apa yang dilakukan MCA tanpa tegas membantah. Umno kehilangan ‘telur' bila berhadapan dengan pemimpin MCA.

Di sebalik pusat-pusat hiburan yang saya maksudkan yang pasti telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa sejak merdeka.

Siapa lagi pihak berkuasa itu kalau bukan kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh Umno.

Berita serbuan demi serbuan ke pusat-pusat hiburan yang dipaparkan untuk umum hanyalah 'auta' belaka.

Serbuan itu bukanlah untuk membasmi gejala sosial secara menyeluruh bahkan sekadar hendak beritahu pihak penganjur: "Kalau lu mau berhibur lu mesti ada lesen".

Saya berani berkata demikian bukan apa, kalau benar kerajaan ikhlas dan jujur mahukan Malaysia bebas daripada gejala yang tidak bermoral dan tidak sihat itu maka kerajaan Umno/BN sepatutnya menutup terus pusat hiburan yang dimaksudkan.

Pada saya tiada jalan lain lagi.

Empat puluh tujuh peratus rakyat yang memberi mandat kepada Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas 100 peratus bertanggungjawab dalam segala bentuk celaka yang dibuat oleh kerajaan memerintah.

Pihak berkuasa polis, antidadah atau Jakim hanyalah menjalankan tugas dan usaha PAS dalam membantah program menjahanamkan otak rakyat serta program menjauhkan rakyat dengan Allah SWT akan berterusan sehingga hari kiamat.

PAS tidak akan tunduk dan duduk diam.