kelulut@telokbakong.com
6.06.09
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.
Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.
Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub daripada PAS pada 22 Mei lalu.
Sebagaimana yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan meletakkan calonnya, kerana kekosongan seperti ini dikatakan menepati kehendak perlembagaan jika dibandingkan dengan DUN Penanti?
Umno telah mendapat kembali kejantanannya . Setelah enggan bertanding di Penanti dengan alasan tidak mahu terjebak permainan politik Anwar .Itu kata mereka .
Bukit Gantang terpaksa dilewatkan tarikh pengundian kerana ' menghormati ' mesyuarat Agung Umno .Namun Umno tetap terlentang tewas di tangan Mr Nice Nizar Jamaluddin .
Kini giliran Pas bermesyuarat dan memilih pemimpin mereka. kerusi Dun Manek Urai pula menyusul .Ahli Pas pasti berkobar - kobar mahu menguburkan Umno .Kelantan adalah gelanggang Pas.Walau bagaimanapun jangan terlalu yakin .
Jika PRK Kuala Trengganu dan Bukit Gantang Umno diratah , kali ini Umno inshaallah akan terburai di Manek Urai .
Khabarnya kini pemimpin umno sudah mula turun padang .Mereka diarah agar hanya mendengar arahan seorang sahaja Jeneral .Agaknya sebelum ini ramai sangat jeneral hingga rebah dan tewas.
Mereka sudah mencari pisau pemotong getah dan bersama ' menyembah ' pokok getah tanda simpati kepada rakyat . Lucu memang lucu .
Pengundi di Manek Urai bukanlah sebodoh itu. Umno pasti bertungkus lumus mahu menjaga aib Presiden baru mereka .Kita percaya apa sahaja yang mereka lakukan sudah tidak berkesan lagi .
Jika sebelum ini Pak Lah dikataka mempunyai kepimpinan yang lemah akibatnya BN tewas.Kini Pak Lah sudah di medan 'perang' tapi nampaknya UBN tetap tidak mendapat sokongan rakyat .
Tentu Pak Lah berkata " hang kata , hang teraa... " .Menantunya pula telah di 'beku kan' beliau dikatakan juga antara punca Umno tewas.
Nampak kelemahan Umno terus terburai - burai .Kini meniti hari kehancuran UBN . Manek Urai akan menyaksikan bagaimana manik yang terurai dari benang . Begitulah nasib Umno selepas ini .
UBN akan terurai satu demi satu , rakyat memberi isyarat bahawa Umno - BN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI .
www.telokbakong.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
www.telokbakong.blogspot.com
2 comments:
Kenapa awal-awal dah buat keputusan. Kami di DUN Manek Urai ni kena ikut duit yang banyak bagi..Kalau UMNO dah offer nak sewa rumah-rumah di kampung RM 3000-RM 16000.tuk 15 hari je.. Takkan kami tak nak pangkah dio. Lagipun mereka dah warning PRK ni senang untuk check siapa undi apa ? Kami tunggu bila nak sampai yang offer dari pas Kalau seribu pun dah ok...
kuat demo main pitih pok ya he he
Post a Comment