Tuesday, June 2, 2009

Akhil: "Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV"



Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Maizawati ketika hadir di Mahkamah Syariah Ipoh pagi tadi untuk menghadiri kes tuntutan cerai yang difailkan tempoh hari terhadap suaminya, penyanyi/pendakwah Akhil Hayy.(Foto The Star oleh Zabidi Tusin)
IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.


Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi
Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.


Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan
Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.


Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi
"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."


Akhil Hayy tersenyum riang ketiak sampai di mahkamah pagi tadi
Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.

"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.
Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."


Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV
Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

1 comment:

firdaus said...

Pasal kes ni..aku bukan la nak belah mane2 pihak..tapi suami isteri rasenyer kalau ade masalah ke, tak puas hati ker, bincang cara dalaman..kalau susah sangat nak bincang 4 mata, pakai orang ke-3 tapi ahli keluarga tdekat la contoh paling mudah Mak Bapak.Susah ke nak call mak bapak atau pon mertua? aku rase la, kalau nak bercerita masalah dengan kawan pon dah kire curang unless kawan yang betul sanggup mati pnyer .Ni boleh plak sampai citer kat wartawan, mngadu kat TV..adeh..lu pikir la sendri.(kalau salah pendapat aku ni komen la.)

Soal tak balik 3 bulan, tepon la. kalau call x dpt, call kawan2 dia, call mak (sedara mare) dia (kire sedara ko jugak la kan)....kalau xleh jugak, aku rase xde masalah nak cari laki hang katner sebab dia orang glamor, ceramah merata tempat..tgk jadual ceramah, xpon tau dia ada rancangan kt TV9..opis kat Seri Pentas..ala banyak lagi cara...zaman moden..ko duduk kt kampung ulu mane??? Nak cerai, lu punyer pasal, tp heboh kat media, memalukan suami (ape x malu nyer..sume orang tau dia pendakwah!), ulang skali lagi, SUAMI! belom cerai beb..tu derhaka la namanyer...ade name lain ker.atas ape hujah ko skali pon.kan ade cara lain.

Kepada Ustaz, sabor ler..kalau x diuji mane tau iman tggi mane..lagi 1 please la kekalkn imej ustaz.Jangan la sebab dah jadi artis balik,kembali pada bende2 mungkar. Masyarakat (tmasuk aku) kagum dan hormat dgn ustaz atas Hijrah ustz. Jangan rosakkan.
Ade jugak kadang2 tergelincir lidah time ceramah..jadi modal org2 yg mmg sker cari salah org. Tang mane yang tergelincir tu, ustz tgkla sndri CD2 ustz tu kalau ade mase lapang.Jgn layan rock ngn hindustan jer..


Pasal rambut panjang tu..memang la x salah asalkan jgn lebih paras bahu (tp ade gak skali kuar tv rancangan Hijrah TV3 rambut ustz terlebih panjang dari bahu)..buat la layer sket..panjang sgt la ustz x seswai.Dan istiqamah la pakai kopiah/serban tu..paling kurang untuk sesi foto. Tgk skang asyik kuar gambar ustz ngn rambut rock ala2 GQ jer..mmg hensem tp xseswai la untuk seorang pendakwah.

Last, paling cantik kalau `drama` ni berakhir dengan permohonan ampun maaf kedua-dua pihak secara terbuka (Sebab korang `beperang cara terbuka..cari susah lagi) dan kedua-duanya berbaik dan xyahla cerai2..bgegar tiang arasy plak kang.Aku yakin ade ruang lagi nak berbaik.Asalkan sanggup rendahkn ego,mintak maaf (bukan Kak Maiza jer..Ustz pon)

Pasal Waheeda..alahai ustz..kawin jela..akak dah bagi green light..aparaaaa slow.....lagi pon cube pikir, kes dh heboh 1 Malaya..kalau ustz kawen ngn Waheeda Ok pe.tnye le pendapat tok tok guru ek..ni pendapat gua jer..

Ampun terkasar bahase...

Linkwithin