cyberboron, Thursday, April 02, 2009
Aku terima berita gempaq. Pagi kelmarin aku buat satu eksperimen. Kebetulan aku dapat senarai pengundi atas pagar di tujuh peti undi (daerah mengundi). Tapi nama peti undi tu rahsia laa. Dalam senarai tu siap ada maklumat peribadi. Alamat, pekerjaan, tempat kerja, nama isteri/suami, nama anak menantu yang layak mengundi dan satu dua perkara lagi. Yang bestnya, siap ada nama-nama petugas yang sesuai untuk approach pengundi-pengundi tu.
Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!
Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.
Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.
Hasilnya ... marvellous!
Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P.59. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).
Tau ke apa jadi?
26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...
Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.
Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.
Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.
Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.
Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.
Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.
Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.
3 comments:
salam... terima kasih atas usaha tersebut. ianya sungguh bermakna. kalo selalu layan perakbangkit punya blog boleh jadi gila .
Selamat berjuang jangan bagi nafas sikit pun pada UMNO pengadai bangsa.Aku selalu lepak kat blog depa tu yang aku tak faham bahasa depa tu pehun dengan maki hamun.Macam manalah orang tua depa didik depa?,memang betoi tu bang silap hari bulan kita jumpa sapa-sapa pun kita maki orang dulu baru bagi salam.
kome usah kena tipu le, aku dah buat koje kempen lama dari kome, deme tu depan kome aje ..haah nya..
malam tadi pukimak betoi aku kena tipu kut-kut mau tumbang jentera BN..tapi rupanya habih kena kencing di bukit selambau..
mana ada 6000 orang, ada 300 aje, itu pun borang , orang tak mandang..
pukimak punya Anwar..
Post a Comment