Sunday, March 29, 2009

BN sudah ketandusan idea di Parlimen Bukit Gantang

Rajinnye FRU ni koje kome...deme ni kene bagi bonus!!
Ni Banner paling cun ..wakaka
Kuat ler kome dapat jalan tar baru...ngundi ler PAS compom dpt jalan baru lagi hahaha..


Oleh Msinc

Semalam,penulis telah berkesempatan untuk bertandang ke kawasan Parlimen Bukit Gantang bersama dengan pendokong Pakatan Rakyat,Encik R.Azmie.Sesungguhnya lawatan yang singkat ini,telah banyak menyingkap pekung Barisan Nasional dalam usahanya untuk menawan kerusi ini.Kelihatan banyak projek segera sedang dilaksanakan,terutama penurapan jalan diseluruh kawasan Parlimen.Ironinya,penurapan jalan ini bukanlah dibuat secara keseluruhan,tetapi hanya sepanjang 100 meter sahaja.Nampaknya BN tak pernah menjadi cerdik.Pengundi Bukit Gantang takkan terpedaya dengan taktik lama tersebut.Jabatan Polis dan FRU pergunakan dengan sebaik mungkin oleh BN,kononnya untuk menjaga keselamatan dan keamanan.Ini dapat dilihat dari deretan kenderaan dari FRU dan Polis ditapak dimana DS Anwar dijangka akan memberikan ceramah.Permit ceramah untuk P.Rakyat diluluskan sehingga hari pernamaan calon.tetapi kalau Umeno buat ceramah,mereka benarkan tanpa ada masalah.Alasannya ceramah dibuat di Dewan.Kalau difikir secara logik,ceramah Umno sememangnya sesuai di buat di Dewan sebab bilangan yang hadir tidak ramai lebih kurang 50 hingga 100 orang sahaja.Tetapi ceramah Pakatan Rakyat tidak boleh diadakan di Dewan,tak muat.Hadirin biasanya ramai,puluh puluh ribu.

Bercakap mengenai Dewan Orang Ramai,BN atau Umno telah menjalankan kerja jijik dan tidak bermaruah dengan mengunakan Dewan Orang Ramai sebagai markas atau bilik gerakan mereka.Mungkin ketua – ketua mereka tidak cukup cerdik untuk membezakan mana satu hak rakyat,mana satu harta benda Umno.Mungkin mereka tak pernah belajar erti demokrasi yang sebenar.Ramai yang pandai politik kedai kopi saja..tapi bila bercakap seperti tidak ada lagi orang yang bijak kecuali dia.Mungkin ini lah saf ampuh yang diinginkan oleh Najib.Kejadian ini berlaku dibeberapa tempat di Bukit Gantang.Walaubagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat telah membuat lapuran tentang perkara ini.Penulis yakin sangat sangat,pihak berkewajipan yang gajinya dibayar oleh rakyat ini, akan menjalankan tanggungjawab mereka secara adil dan menghalau keluar BN dari Dewan Orang Ramai tersebut…he…he.

Perbuatan menanggalkan poster turut berlaku.Perkara ini dilapurkan oleh petugas petugas dari Pakatan Rakyat.Bukan sahaja banner atau sepanduk menjadi mangsa.Tetapi yang terbaru ialah poster poster filem yang bakal ditayangkan di Panggung Wayang di Pekan Taiping dan Changkat Jering.Poster filem yang paling teruk disabotaj ialah filem yang mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita dalam mencari cinta dan menuntut hak haknya sehingga nyawanya tergadai.Pekara ini menyebabkan taukeh taukeh panggung terpaksa memikirkan alternative lain untuk mempromosi filem tersebut.Kemungkinan mereka akan mengunakan blog atau website selepas ini.

Msinc-memang berminat tengok filem yang bermutu tinggi.Harap para pelakon filem ini akan dapat anugerah filem antarabangsa.Monggolia musti kasi award punyer…

No comments:

Linkwithin