kelulut@telokbakong.com
29.03.09
Nampaknya" rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi " inilah gambaran terkini tentang perhimpunan rombongan orang umno pada tahun ini.Pak Lah akan pencen lebih awal itu kehendak mereka.
Presiden rombongan melayu bersatu yang baru DS Najib sudah mendapat kerusi idaman.
Tetapi misteri kematian ' Cucu Genghis Khan ' mencalarkan reputasi beliau.Kita tidak menuduh Najib melakukannya .Alangkah baiknya Najib membersihkan namanya melalui perundangan .
Satu lagi kerusi panas umno juga telah dimenangi oleh pemuda rembau iaitu Khairy jamaluddin. Kemenangannya penuh keajaiban mana tidaknya , jumlah undi hanya 790 tetapi masa yang diambil selama enam jam.
Calon yang dikalahkannya adalah mukhriz dan Khir Toyo .Pada malam pengumuman kejayaan YB Rembau itu kecoh hingga 100 polis menjadi benteng menahan amukan penyokong Mukhriz.
Laungan KJ rasuah ! , KJ rasuah !....bergema tetapi kita yang menonton dai kaca TV hanya melihat aksi peluk memeluk .Siapa yang pendek terciumlah ketiak pasangan masing - masing .
Nasib baiklah ada blog dan bloggers maka dapat berita amukan' pemuda berani berubah' ditonton .
Tun Che Det nampaknya masih ' berbulu ' melihat menantu pak lah itu .
"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
"Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno. katanya .
Beliau yang juga mantan presiden Umno itu berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas orang berkenaan tidak setimpal dan tidak adil "kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya, tidak dibenar bertanding".
"Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai, dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.
Inilah kenyataan paling pedas dari Tun .Nampaknya umno masih belum selamat dari serangan Dr mahathir .
PRK semakin hampir apakah khairy dijadikan kambing hitam oleh umno jika tewas ?.
Terkini, bekas ketua pemuda umno Hishamuddin yang kini naib presiden dilantik sebagai penasihat pemuda bagi 3 prk .
Apakah maksudnya anda jawab sendiri .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
1 comment:
kamu pun tak pegi sana, kamu kata penyokong mukhriz mengamuk..fitnah tu.. inilah sikap orang PAH asik pitnah aje.
Post a Comment