Monday, March 30, 2009
Moh Kita Bagi Najib,Zahid,Zambry dan BN MALU BESOOOORRR!!!
Menurut informer TBO calon bebas Bukit Gantang Saudara Kamarulmizu adalah seorang peniaga di bawah Jambatan Nordin Parit- Belanja.Info memberitahu wang pertaruhan telah dibayar oleh juak2 umNO dan bertujuan untuk memecah undi sahaja.
Dari sambutan rakyat terhadap Dato Seri Ir. Nizar semalam bermimpilah umNO ingin merampas semula Parlimen Bukit Gantang yang kununnye dipinjamkan kepada PAS seperti kata Zahid Hamidi.Selepas pengesah ketiga-tiga calon semalam kami terlah meronda seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Menurut seorang penduduk tempatan calon BN Isamail bukan calon pilihan Najib kerana ia orang Zambri.Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang telah di ketepikan.Ia pasti mewujudkan suasana peperangan sesama sendiri dalam umNO.Jentera PAS dibantu oleh PKR dan DAP dari seluruh negara telah bekerja keras dengan semangat yang tinggi.Ini berbeza dengan pondok panas umNO yang suram sahaja.
Penggunaan DOR oleh umNO di beberapa tempat menunjukkan mereka sentiasa melanggar undang-undang.Di laporkan kehadiran penyokong yang sedikit di semasa penamaan calon telah mengusarkan Ketua Perhubungan Negeri umNo Najib Tun Razak.Raja sesumpah Ezam dan rakan2nya bekas PKR di gunakan dalam kempen-kempen di Bukit Gantang.Berhasilkah setelah senjata ini tidak ampuh melawan aura PR di 2 PRK terdahulu.Populariti,imej dan persepsi Ir.Nizar sukar di tandingi malah kalau diletakkan Najib sendiri pun pasti Najib tersungkur.
Walaupun kita sudah yakin akan kemenangan di Bukit Gantang usaha gigih harus dilakukan agar umNO dan BN malu BESOOORRRRR!!!7 April kita gandakan lagi penyokong menyambut kemenangan.....
Penulis:
KTB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment