Thursday, April 2, 2009

Video : Hujah TV9 (31 Mac) - Krisis Perlembagaan Perak

Dari Laman MyMigrasi


Video dari TBO



Di TV9 (31 Mac 2009) Krisis di Perak? merupakan tajuk pebincangan pada minggu ini yang akan menampilkan Datuk Shafie Abdullah (Peguambela Kanan, Majlis Peguam Malaysia) , Ragunath Kesavan (Presiden baru Majlis Peguam Malaysia bagi sesi 2009/2010) & Professor Dr. Shad Saleem Faruqi (Professor Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA) sebagai panel jemputan. Seperti biasa, Hujah dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff (Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, UKM).

Analisa mudah HUJAH TV9 berkenaan krisis di Perak
Secara keseluruhan saya tidak mahu menjelaskan dengan Akta atau peruntukan Undang-undang atau perlembagaan memandangkan khusyuk mendengar pandangan undang-undang dan fakta yang dikemukakan oleh Panel.

Secara mudah, apa yang boleh saya simpulkan adalah terdapat beberapa isu-isu menarik yang kita tidak tahu yang sebenarnya terjawab didalam rancangan tadi iaitu:-

1. Kesahihan perletakan jawatan 3 Adun yang melompat parti:-

Prof Shad Faruqi menjawab tindakan membuat surat perletakan jawatan yang disediakan sebelum pemilihan calon adalah amat tidak bermoral. Analogi, kita diberi kerja pada masa yang sama kita di minta untuk tandatangan surat berhenti kerja dan sekiranya majikan tidak berpuas hati maka sewenangnya boleh dipecat. TETAPI ia boleh dilakukan.

Datuk Shafee menjelaskan surat yang ditandatangan awal tidak terpakai di dalam Public Law iaitu melibatkan rakyat. Pemimpin tidak boleh dijadikan Puppet to the expense of the public. Ianya berbeza dari contoh Perjanjian Jual Beli, Sewa Beli Kereta dll yang mana iainya adalah private law iaitu melibatkan peribadi individu tertentu sahaja. Hal ini telah diputuskan di dalam satu kes di Sarawak yang melibatkan fakta yang hampir sama.

Datuk Shafee menerangkan bahawa di dalam Kanun Keseksaan, surat yang ditandatangani tetapi tidak bertarikh yang kemudiannya di letakkan tarikh oleh pihak ketiga, maka pihak ketiga tersebut boleh didakwa di Mahkamah Jenayah atas dakwaan Pemalsuan.

Ragunath Kesavan menyatakan kuasa hendaklah dipulangkan kepada rakyat. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Shafee tentang tuduhan letaknya tarikh oleh pihak ketiga adalah Pemalsuan tetapi kemudiannya terdiam apabila Datuk Shjafee membacakan peruntukkan undang-undang.

2. Kuasa Sultan untuk memecat Nizar:-

Prof Shad Faruqi berpendapat bahawa didalam peruntukkan undang Perlembagaan Perak, Perlembagaan Persekutuan atau mana Undang-undang tiada yang menyatakan tentang pemecatan MB oleh Sultan, TETAPI Perlembagaan Perak di Klausa 16.4, ada dua pilihan iaitu DUN dibubarkan atau sekiranya Sultan tidak perkenankan DUN dibubarkan maka MB hendaklah meletakkan jawatan (dengan persetujuan meletak jawatan)

Beliau menambah apabila Sultan tidak perkenan untuk pembubaran DUN, maka Nizar pada masa itu dititahkan meletak jawatan. Maka titah baginda agar Nizar hendaklah letakkan jawatan adalah selari dengan peruntukkan klausa 16.4 Perlembagaan Perak.

Menariknya juga, beliau berkata Nizar berkeras kononnya beliau hanya boleh meletak jawatan sekiranya satu undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri, pada Prof Shad Faruqi perkara ini mustahil kerana pada masa itu Speaker Sivakumar (Prof Shah Faruqi menggunakan perkataan ’spoiler’ merujuk kepada Speaker Perak* menunjukkan beliau memihak atau cenderung menyokong kerajaan BN) tidak akan samasekali memanggil apa-apa sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Nizar tersebut kerana telah jelas pada masa itu majoriti ahli-ahli DUN menyebelahi BN.

Juga menarik, Datuk Shafee menyatakan Nizar gagal memaklumkan kepada Sultan kenapa perlunya satu pembubaran Dewan Undangan Negeri. Sebab utama NIzar memohon pembubaran menurut Datuk Shafee ialah kerana dia gagal mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli DUN. Hal ini tidak dinyatakan kepada Sultan.(dalam surat kepada Tuaku Sultan ada dinyatakan)

Ragunath Kesavan cuba menjawab persolan yang dibincangkan, beliau mengulangi kuasa hendaklah dipulangkan kepada rakyat..

3. Hak siapa menentukan kesahihan peletakan Jawatan Adun? Speaker atau SPR?

Kuasa menentukan kesahihan perletakan jawatan dipersetujui oleh Datuk Shafee bahawa adalah dibawah bidangkuasa SPR tetapi sekiranya tidak berpuas hati boleh dicabar di Mahkamah tetapi telah terdapat satu kes yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan bahawa SPR mempunyai kuasa. (beliau menyatakan peruntukkan undang-undang dan kes)

Ragunath Kesavan cuba mengatakan kuasa menentukan kekosongan kerusi DUN adalah kuasa speaker. Beliau yang nampak lebih berhujah dengan fakta yang menyebelahi rakyat nampaknya sentiasa diketepikan.

Prof Shad faruqi berhujah berdasarkan peruntukkan Perlembagaan Perak dan Persekutuan, SPR mempunyai kuasa.

4. Adakah Speaker ada kuasa untuk memanggil sidang tergempar dewan?

Prof Shad Faruqi kata ada kuasa sekiranya sidang terdahulu ditangguhkan (adjourn sine dine) tetapi tidak boleh sekiranya ianya ditamatkan (prorouged) ianya hendaklah melalui persetujuan Sultan.

Namun begitu, Prof Shad Faruqi menegaskan persidangan dewan di luar dewan boleh sah tetapi persidangan Dewan yang dibuat dibawah pokok tersebut tidak mempunyai Notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Notis adalah satu keperluan mandatori yang wajib dipatuhi didalam memanggil persidangan Dewan. Secara tersiratnya, Prof Shad Faruqi menyatakan bahawa persidangan tersebut tidak sah.

Datuk Shafee menyatakan bahawa adalah menjadi satu amalan dimana-mana Dewan Undangan Negeri pun bahawa persidangan Dewan akan ditangguhkan (adjourn sine dine), namun begitu, walau ditangguhkan mengikut amalan biasa juga consent atau perkenan Sultan adalah dirujuk. Datuk Shafee ada merujuk kepada Arahan Tetap Dewan (standing order) berkenaan hal tersebut. Beliau merujuk Sidang Dewan yang terakhir adalah bulan September( November?) lalu. Maka, melalui jarak jangkamasa yang panjang, Sidang Dewan hendaklah hanya boleh dipanggil selepas mendapat perkenan Sultan. Ada beberapa perkara lain yang ingin ditambah oleh Datuk Shafee tetapi Prof Agus telah merujuk kepada persoalan lain.

Ragunath Kesavan tidak diberi peluang memberi pandangan kerana mungkin Prof Agus merasakan beliau lebih cenderung menyebelahi rakyat.
—————————————–
Apa pandangan anda tentang kedua-dua belah pihak iaitu Prof Shad dan Mr.Ragunath bersetuju bahawa jalan terbaik bukan penyelesaian mahkamah tetapi kembalikan kuasa pada rakyat melalui pilihanraya? Bukankah itu jalan terbaik?

Apakah cadangan Dato Shafie menggunakan peruntukan darurat penting dalam kes Perak sebegini? Saya kira menggunakan peruntukan darurat adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan barangkali boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

Bagaimana notis nak dikeluarkan kalau setiausaha kerajaan negeri pun turut bersubahat dgn kerajaan persekutuan.

Kenapa nak gunakan jalan yang berbelit macam diputarkan oleh Dato Shafie sedangkan jalan terbaik, paling mudah dan adil adalah kembali kepada rakyat.

No comments:

Linkwithin