Thursday, January 29, 2009
Pemimpin dan penyokong Umno kini dipersimpangan
28.01.2009
Ibarat retak menanti belah , sakit menanti maut , mayat menunggu kubur mungkin inilah gambaran yang boleh diterjemahkan kepada huru - haranya UMNO .Parti yang pernah diharamkan itu .
Tidak kelihatan suatu masalah besar pun yang mereka mampu buktikan kini kepada rakyat.Mereka umpama gali lubang tutup lubang .
Meracau disetiap masa ,memperbodohkan pemikiran rakyat .Tetapi ternyata kebodohan mereka yang ketara dimata rakyat jelata .
Setiap masa para pemimpin UMNO menyatakan bahawa mereka perlukan perubahan demi survival politik Melayu kata mereka .Angin perubahan yang mereka inginkan itu hanya bermain dibibir .Jauh daripada tindakan yang berkesan penyokong mereka terus melopong menanti perubahan yang tidak kunjung tiba.
Malah kehancuran demi kehancuran yang kunjung tiba, mereka ( Umno ) ternganga melihat Pakatan Rakyat terus melakar sejarah gemilang.
Umno - BN melaungkan merekalah paling kukuh , paling layak , paling berkesan sebagai perintah Malaysia . Tetapi mereka buat - buat lupa bahawa mereka juga mempunyai "kehebatan" yang lain . Hebat bohongnya , hebat putarnya , hebat rasuahnya.....mampukah mereka menafikanya ?
Memang benar orang Melayu mengharapkan pemimpin yang sebangsa menjadi khalifah mereka itu perkara lumrah manusia .Tetapi orang melayu umno khususnya perlu lebih rasional menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT.
Apa untungnya jika pemimpinnya berdegar - degar melaungkan hak ketuanan Melayu sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang ' melelongkan ' hak itu secara terhormat .( lebih 50 tahun )
Fitrah manusia mahukan kepada kebaikan, tetapi kebaikan yang sebenar adalah bersifat serupa bikin bukan cakap tidak serupa bikin .
Kini sebenarnya sudah bertambah bilangan ahli umno yang telah sedar akan kesilapan mereka .Mungkin belum lagi secara terang - terangan.Sedikit masa lagi kita yakin mereka akan merobohkan tembok kebal umno yang sedang mereput itu .
Apalah yang mahu sangat dibanggakan kebaikan yang sekadar ada. Sedangkan kemusnahan bangsa dan agama secara tersusun yang dirancang oleh perancangan mereka sendiri .
Benarkan Melayu kini hebat ? bagaimana ekonomi , bagaimana akhlak , bagaimana bahasa melayu ? bahasa yang sepatutnya dipertahankan dengan mudah diperkotak - katikkan . Hebatkan Melayu ?
Harapkan pemimpin Melayu Umno membela ,mereka pula yang ramai terlibat dengan pelbagai kesalahan yang sudah tidak mampu disembunyi lagi .
Generasi terdahulu mungkin mudah untuk" digoreng " ,digula - gulakan tapi kini semua itu bukan alat yang berkesan untuk mempengaruhi minda mereka .
Wahai pemimpin , pendokong , penyokong UMNO - BN sedarlah bahawa kamu semua kini sudah berada dipersimpangan .Diantara memilih jalan kehancuran atau kebaikan .
Jangan berlengah lagi hargailah akal fikiran .Minta dijauhkan pemikiran yang dipesongkan oleh segelintir pemimpin Umno yang lebih senang melihat rakyat bergelumang dengan kebodohan yang bersalut kebebalan.
Kerana itulah peluang untuk mereka terus menjadi parasit kepada agama , bangsa dan negara .
www.telokbakong.com.
www.telobakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment