Wednesday, January 28, 2009

Pakatan Rakyat Bertambah Kukuh di Perak Tengah





Pada pukul 4.00 petang telah berlangsung pertemuan pucuk pimpinan Keadilan Parit yang di ketuai oleh Saudara Usaili Alias Penyelia DUN Bota dengan masyarakat Kg Telok Bakong dan sekitarnya menerangkan isu kemasukkan YB Datuk Nasaruddin Hashim ke PKR seterusnya menambah kerusi ADUN untuk Pakatan Rakyat bagi negeri Perak.

Turut serta adalah Ketua Bahagian PKR Telok Bakong Saudara Zainal Aznam Mat Ganti sebagai penganjur majlis,Ketua AMK PKR Perak Saudara Anuar dan Timbalannya Saudara Faizal Effendi serta Setiausaha AMK Parit Saudara Hussin.

Bersama menyerikan majlis Ketua Kampung dari Pakatan Rakyat bagi kampong Telok Bakong turut hadir.Sambutan penduduk amatlah menggalakkan terutama kaum wanita dan kelihatan ahli Umno juga bersama-sama menghadirkan diri.


Dalam ucapannya oleh Saudara Usaili turut membangkitkan kebobrokkan Umno untuk menawan kerajaan negeri Perak menjelang 31.1.2009.Satu lagi agenda impian Tajol Rosli.Mengenai kemasukkan YB Datuk Nasaruddin pelbagai usaha yang di terajui oleh Saudara Usaili sendiri terpaksa dilakukan dengan teliti dan halangan dari pihak Umno sendiri berjaya di atasi dengan restu Allah s.w.t.

Seorang makcik yang ingin namanya dirahsiakan telah mengadu kepada TBO sendiri mencurahkan kekecewaannya mengenai pimpinan UMNO Cawangan Telok Bakong yang sanggup menikam ahli sendiri semata-mata inginkan kemenangan di pihak mereka semasa pemilihan cawangan yang baru berlalu.Ini baru peringkat cawangan sudah memfitnah calon lawannya mengelapkan wang pilihanraya umum yang lalu.Kebenaran akhirnya terbukti dakwaan itu adalah tohmahan belaka.Lanjutan peristiwa itu makcik tersebut berserta rakan-rakan telah menyertai PKR.Bagaimana dengan pendirian pengundi dan penyokong kuat YB Nasaruddin di Telok Bakong khususnya dan DUN Bota amnya.

Mengikut hasil siasatan TBO penduduk di KG Lambor Kiri,Bota Kiri ,Titi Gantung dan Felcra Nasaruddin sudah beramai-ramai menyertai PKR kerana mereka adalah penyokong setia YB Nasaruddin.Ini mengakibatkan Umno di kawasan tersebut lumpuh sama sekali!!Cubalah Umno Parit menafikannya..turun padang lihatlah sendiri.Media perdana telah menipu hidup-hidup pemimpin Umno yang cetek pemikirannya.Kemasukkan Y.B Nasaruddin adalah kerana desakan dari rakyat yang sudah muak ,jelak , getik.,meluat dan geli geleman dengan kerenah kepimpinan Umno yang tidak memperdulikan kehendak dan keperluan rakyat.

2 comments:

akmal... said...

Salam semua.. aku bukan mewakili PKR parit.. tapi aku mmg org Bota dan tahu serba sedikit tentang cerita2 ini semua…. Aku bukan nak backup Tn Haji Usaili (Ketua bahagian PKR Parit), tapi cuma nak luahkan isi hati aku sbg salah sorang pengundi di Bota ini….

Apa yg nak aku luahkan… habis madu sepah dibuang!! org lain yg bersusah payah… org lain yg dapat nama. Tapi nak buat macam mana, setiap sesuatu ada waktunya… Sejak 1998 lg Hj Usaili dah menghidupkan dan menguatkan PKR di Parit ini…. malah byk juga yg dibantunya di PKR negeri… dari Adun PKR yg pertama di Malaysia (menang 1999), jd timb pengerusi PKR negeri, MPT, menggerakkan PKR negeri dgn cikgu mail, ust zul, Dr lee, YB Tai, suzana dll… sampai lah Hj usaili terperangkap dgn tuduhan rasuah dan sekarang…. nak jadi biro politik dalam PKR negeripun di sekat!.. Dah lah masa dalam umno dulu pun dia disekat oleh Datuk Zaim… dalam PKR pun disekat jugak…..
Nasib baik r hj usaili ni jenis yg tak cepat merajuk / give up.. kalau tak dah lama dah dia berhenti dan PKR Parit berkuburlah…. Semua org luar tak nampak hal ini… aku ikuti dari dulu cerita2 politik di tempat aku ini… Sekali sekala geram jugak rasanya… org yg berhempas pulas dari dulu berjuang jatuh bangun dalam parti tidak diperdulikan!!! Pelik jugak aku dengan anwar ini…..
Sekarang Hj usaili hanya MPT dan Penyelia DUN Bota.. Aku pernah juga tanya pd dia, lepas ni dah tak jadi penyelia DUN dah lah, Yb Nasa dah masuk PKR… mungkin takde peluang nak bertanding lagi PRU13… Dia cakap, dalam politik kadang2 memang kena berkorban, kepentingan parti perlu diutamakan.. kalau nak pentingkan diri sendiri, baik dari awal2 dulu dah terima tawaran Pak lah 2 juta ringgit utk masuk umno semula…. Aku tak tahu lah.. aku harap dia dapat terus berkhidmat sbg penyelia DUN di sini… Apa yg aku nampak dia memang kuat bekerja… cuba tanya org2 kat Bota ini… aku rasa 80% akan mengiyakan apa yg aku cakap….
Kepada pimpinan PKR Pusat mahupun negeri…. PKR akan kehilangan satu pemimpin yg berjiwa rakyat dan rajin bekerja jika Hj usaili terus dipinggirkan… memang dia tak banyak mengungkit, demi nak jaga kestabilan parti… dia ada cakap semua ini macam nak tarik rambut dalam tepung!…
Kepada Hj Usaili…. teruskanlah bekerja dan berkhidmat kepada rakyat dan parti… kalau orang tak hargaipun tak apa… yg penting Allah lihat dan insyaAllah apa yg Tn Hj lakukan menjadi nilai ibadat di sisi Allah swt…

Kamarul@manodin adalah perunding Takaful Ikhlas anda hubungi 019 -390 9495 sms @ emel kamarul_baharin74@yahoo.com untuk maklumat lanjut . said...

akmal...

terima kasih atas keperihatinan mike...teman bukan ahli pkr tapi teman nampak hj usaili gigih dan aku setuju dgn komen mike....

hj usaili hebat tapi anak seluang keliling dia yang memburukkan prestasi beliau...

teman teringin nak bertemu die....

Linkwithin