Thursday, January 29, 2009
Akhirnya Tajol tersungkur ditangan MB Nizar .
Ketika artikel ini ditulis Adun Bota telah pun mengadakan pertemuan rasmi bersama MB Nizar dipejabat beliau .Dato ' Nasarudin adalah nama besar didalam politik Umno Perak Tengah khasnya .
YB Nasarudin mengemparkan negara apabila menjadi YB Umno pertama yang menyertai Pakatan Rakyat .Sekaligus meranapkan impian besar Umno - BN mahu merampas Perak daripada PR .
Ikon Umno Perak DS Tajol Rosli Ghazali telah pun melepaskan jawatan sebagai ketua perhubungan UMNO Negeri .Akibat malu menelan kebenaran YB Nasarudin yang menyertai PKR .
Sebelum ini bekas MB perak itu kelihatan begitu angkuh memperlekehkan kepimpinan MB nizar .Dengan pelbagai dakwaan dangkal akhirnya merah padam ' tewas ' dimedan politik semasa .
Dato Seri Ir Mohd Nizar dilabel sebagai boneka DAP.Para pemimpin UMNO begitu angkuh membuat kenyataan biadap kepada Seri Paduka Sultan Perak. Bukankah MB Perak kini dilantik atas perkenan Baginda ?
Bertalu - talu serangan demi serangan daripada pihak parti yang berlambangkan "keris telanjang itu ".Hingga sanggup mengheret kanak - kanak tadika mahu dijadikan bahan politik .
Mereka sangka MB Nizar tidak bijak bersilat politik .Jangkaan mereka meleset apabila tokoh muda itu semakin hari mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat .
Bahkan YB Nasarudin yang juga anak didik UMNO terpikat dengan kebijaksanaan serta ketenangan IR Nizar dalam menghadapi serangan DS Tajol Rosli dan gerombolannya.
Didalam pertempuran politik negara kini maki hamun ,dan fakta songsang bukan alat yang baik .Rakyat melihat , berfikir dan menilai yang mana kaca atau permata .
Sah lah ! segala momokan yang terbit dari hati yang disempurna oleh kata - kata serta tindakan UMNO - BN memakan diri. DS Tajol Rosli sudah meletakkan jawatan sebagai suara penting didalam UMNO perak .Itu semalam hari ini sudah lain skripnya nafi pulak.
Kini kita menanti panglima baru Umno Perak .Ura - ura DS Zahid Hamidi akan berpencak .Kita yakin jika Zahid sanggup" menjual " ,Nizar juga pasti sanggup membeli .
Kecil jangan disangka anak , besar bukan semestinya bapak .Jika Tajol sudah tersungkur panglima Zahid juga akan diukur .
Juak - juak Umno , bersiap - siagalah kerana Umno pasti tersungkur !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment