Tuesday, August 19, 2008

Kerana Pulut Santan Binasa, kerana mulut.... ?

Sang Kelulut

kelulut@telokbakong.com

15.08.2008


"Apakah nasib kita dalam Pakatan tak sudah - sudah diuji" keluh sahabat saya bila
mendengar siaran radio tentang pandangan Menteri Besar mengenai kemasukan pelajar bukan melayu sebanyak 10 % ke UITM.( Sebenarnya menurut Prof Khoo Khay Khim golongan bukan melayu pun memang tidak berminat ..).

Dalam kesibukan kedua - dua pihak merancana strategi untuk menawan Permatang Pauh sekali lagi pimpinan PR terperangkap dengan kelicikan BN memutarkan fakta dengan "membusukkan" KeAdilan bahawa parti ini boneka DAP dengan maksud lain ejen bangsa cina untuk merampas hak Melayu ( ini pandangan Umno ).

Kenyataan ini sebenarnya sangat merbahaya tetapi mujurlah rakyat kini sudah matang
.Mereka tidak mengambil ia sebagai maklumat yang boleh diterima bulat - bulat.
Tetapi saya melihat bagi golongan pengundi atas pagar sedikit sebanyak akan termakan racun perkauman yang disembur oleh UMNO- BN ini.

Cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu , sebenarnya ia pernah dicadangkan oleh Mantan Presiden Umno sendiri (Tun Dr Mahathir) menurut sebuah web portal politik.


Secara peribadi saya sendiri kurang setuju dengan ' timing ' isu ini dijawab atau
diberi respon secara spontan kerana kesan daripada kenyataan ini sekali lagi menjadi
" bahan api " bagi UMNO untuk menyerang PR dengan kekuatan media massa yang mereka
miliki.

Kini mereka terus menggunakan isu dan telah mengheret pelajar - pelajar UITM
kejalanan sebagai tanda protes kononnya. untuk rekod UITM adalah antara IPTA sebelum ini paling "sopan" dari pada bentuk protes yang sedemikian.Tetapi apabila ada kepentingan politik Umno maka mereka dipersilakan oleh pihak berkuasa untuk
mengangkat sepanduk ala reformasi dengan pekikan, lolongan hak ketuanan Melayu.


Maklumat terbaru yang saya terima hari ini mereka akan berarak keParlimen dalam masa terdekat ini kononnya sebagai tanda protes.Dan seterusnya di Permatang Pauh pelajar - pelajar ini akan bertindak sebagai petugas BN sedangkan sebelum ini mereka
dilarang terlibat dalam sebarang kempen pilihanraya.

Pengajarannya ialah pemimpin - pemimpin PR sepatutnya jangan terikut - ikut dengan
soalan provokasi wartawan kita bukan sahaja perlu pemimpin yang cerdik tetapi yang
paling cerdik. DSAI berhempas pulas cuba meyakinkan rakyat , bergelut dengan
pelbagai tekanan adalah diharapkan para pemimpin PR cepat lepas mulut.

" kerana pulut santan binasa , kerana mulut pakatan hampir binasa "

No comments:

Linkwithin