"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Friday, August 22, 2008
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.
Setelah gagal dengan bermuafakat dengan PAS, Tajol Rosli membawa Ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.
Perancangan bermula kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen BPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .
Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK telah memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.
Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.
Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan kepada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.
Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.8.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi ke Permatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.
Dimalam tersebut, Usaili tinggal di Bilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut maklumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.
Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.
Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk ke Permatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus ke Permatang Pauh bersendirian.
Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum di sebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.
Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan BPR semata-mata. kejadian ini berlaku di Kluang Cafe, Ipoh Raya, di depan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.
Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.
Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.
Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik ke Ipoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.
Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.
Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?
Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!
Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh BPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.
Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.
-PerakExpress
No comments:
Post a Comment