Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99-101 H\717-720 M)
Dilahirkan di Hulwan,Mesir dengan nama sebenar Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan.Ibunya ialah Laila binti Asim bin Umar al-Khattab.Umar Abd Aziz adalah seorang berpengetahuan tinggi dan arif tentang perundangan Islam dan pernah berguru dengan Imam Malek bin Anas dan lain-lain ulama.Keilmuaan dan ketaqwaannya kepada Allah, mempengaruhi corak pemerintahannya yang penuh dengan keadilan,keamanan,memelihara kesejahteraan rakyat dan kemurnian Islam.Sebelum menjadi Gabenor,beliau dikatakan mempunyai kehidupan yang mewah,tetapi selepas menjadi gabenor,beliau terus meninggalkan kehidupannya yang mewah itu.Sebelum beliau dilantik menjadi Khalifah,keadaan Negara Islam adalah didalam kekacauan.Banyak kezaliman dan penindasan berlaku.Kebajikan rakyat terabai.manakala pembesar-pembesar dan pemerintah berlumba-lumba mengambil kesempatan mengejar kekayaan duniawi sehingga menyimpang daripada syariat Islam.
Setelah beliau dilantik menjadi Khalifah,langkah pertamanya ialah membersihkan diri dan keluarganya dari kehidupan mewah.Harta benda yang tidak diwarisi secara yang wajar dikembalikan kepada yang berhak ataupaun Baitulmal.Beliau juga mengarahkan keluarga Bani Umaiyah melakukan pembersihan keatas diri dan harta benda.Semua gabenor diperintahkan supaya mengistiharkan harta masing masing.Manakala keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh oleh khalifah terdahulu,dimansuhkan sekiranya dianggap membazir seperti kenderaan Khalifah.Beliau mengunakan kenderaan sendiri untuk urusan kerajaan.Perabot dan perhiasan mewah khas untuk pejabat khalifah dijual dan wangnya dimasukkan kedalam Baitulmal,kerana perkara ini tidak ujud didalam pentadbiran Khulafa ar Rasyidin.Demikianlah sikap Umar ibnu Aziz yang mengutamakan kekayaan Baitulmal,kerana dari situlah negara dapat dibangunkan dengan adil dan saksama untuk menjaga kebajikan masyarakat tanpa menira kaum,bangsa dan agama walaupun dirinya amat sederhana.Dikabarkan bahawa sebelum menjadi khalifah,Umar ibnu Aziz ini berbadan gempal.Tetapi selepas menjadi khalifah,berat badannya susut akibat mengamalkan hidup secara sederhana.
Pembaharuan untuk Negara turut dilakukan oleh Umar ibnu Aziz.Sistem cukai telah dirombak,dan diselaraskan kembali seperti zaman Khulafa ar Rasyidin.mengemaskini sistem cukai yang lebih adil dan saksama.cukai-cukai yang diturunkan adalah seperti cukai keatas orang Yahudi dan Nasrani,cukai tanah,cukai tanaman dan cukai pajak tahunan.Tindakan beliau melakukan pengurangan cukai ini mendapat bantahan dari pegawainya dengan alasan boleh menjejaskan pendapatan Negara.Umar ibnu Aziz menjawab,bahawa Allah melantik Nabi untuk menunjukkan jalan yang benar,bukan untuk mengutip cukai.Begitu jugalah peranan seorang Khalifah.Tugas sebenarnya sebagai pemimpin orang Islam ialah memimpin rakyat mencapai ketaqwaan dan keredhaan Allah.Beliau juga telah melakukan pembersihan dalam pentadbiran.Mana mana pegawai yang menyimpang dari landasan Allah akan dipecat serta dikenakan hukuman.Hakim-hakim juga dilantik dari kalangan mereka-mereka yang berwibawa dan adil dan diletakkan kepada kedudukan terhormat.Dengan wujudnya sistem kehakiman yang adil dan telus ini membantu jentera pentadbiran dijalankan dengan lebih efisien mengikut landasan Islam.
Apa relevannya keadaan sebelum dan semasa pemerintahan Khalifah Umar ibnu Aziz ini jika dikaitkan dengan pemerintahan kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat?Sama-samalah kita fikirkan.Contoh-contoh yang baik dan buruk sudah terbentang didepan mata anda.Perlukah pemimpin kita mencontohi Khalifah Umar ibnu Aziz.Malu kita sebagai seorang Islam, dimana orang bukan Islam telah mendahului pemimpin-pemimpin lain untuk mencontohi Umar ibnu Aziz ini.(Dulu ada le juge sorang pemimpin tu nak contohi Iman Shafie..tapi tido je kojenye…macamana?..kalau tido je buleh jadi pemimpin,aku pun buleeh,aku lagi kuat tido daripade dia..)Malah ada kalangan pemimpin yang berani menidakkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti penurunan cukai,yang mana tindakan tersebut telah terbukti berjaya membaiki taraf hidup rakyat sewaktu pemerintahan Umar ibnu Aziz.Perlukah atau relevankah perlantikkan hakim-hakim yang berwibawa dan adil dalam sistem Perundangan Negara.Atau relevan kah pemimpin-pemimpin yang mengambil kesempatan mengejar kemewahan dan kekayaan dunia untuk kepentingan diri sendiri dilantik sebagai pemimpin di negara bertuah ini.Adakah dasar-dasar pentadbiran yang begitu membazir perlu diteruskan serta diperhebatkan.Tanya diri sendiri,Jawab sendiri.Kalau tak pasti…susah le..gi tanye We Desan..dia pandai nyawapnyer.
No comments:
Post a Comment