Monday, June 16, 2008

Anwar Ibrahim di Konvesyen AMK Perak






15hb Jun 2008{TBO} Di bangunan PTTC Ipoh semalam telah berlangsung Konvesyen Angkatan Muda Keadilan Perak dalam usaha memperkuat lagi jentera sayap kanan parti.Seramai 220 peserta dari pelusuk negeri Perak telah hadir untuk mendengar amanat penting dari Ketua Umum Parti Keadilan Perak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir adalah Ketua Angkatan Muda Malaysia Saudara Samsul Iskandar ,Ketua AMK Perak Saudara Anuar,Timbalan AMK Perak Saudara Faizal Effendi serta Ketua Bahagian AMK Daerah.Konvesyen bermula dari jam 8 pagi hingga ke jam 6.30 petang.

Antara amanat penting DSAI adalah agar AMK menyiapkan diri dengan ilmu dan berusaha menambah ahli parti di bahagian masing masing dari masa ke semasa.AMK juga berperanan mengadakan kaunter khidmat masyarakat di bahagian masing - masing untuk mendengar permasalahan rakyat akar umbi.

No comments:

Linkwithin