Monday, June 9, 2008
BBQ Telok Bakong Online:Mempone ...Nyelere...Nyandor!!!
Pada malam minggu lepas (7.6.2008) pihak Telok Bakong Online telah mengadakan jamuan kecil BBQ untuk chatters TBO serta beberapa sahabat handai dari kampung ini.Suasana sillaturahim dapat diwujudkan disamping acara yang agak santai.Lokasi yang di tetapkan adalah Padang Koba bersebelahan Sungai Perak.
Menu utama adalah daging segar panggang dan ikan patin panggang berserta nasi lemak.Resipi rahsia Chef We Lop Bek untuk menu terbabit amat menyelerakan hadirin.Ramai memuji 'tak ponah keme jumpe sedapnye daging ropeni'.Majlis tazkirah turut di selitkan oleh Wer Lop Bek yang agak meinggalkan kesan kepada hadirin.Turut serta We Dasan yang kebetulan bercuti ketika ini di kampung.
Pihak TBO mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan hadirin yang turut serta.Insyallah pada hariraya ke 3 kita akan membuat lagi sekali sempena sambutan Ailfitri.
Penulis:
KTB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment