Tuesday, June 10, 2008

Konsert Amal “Live “ bersama Akhil Hayy

Konsert Amal “Live “ bersama Akhil Hayy sempena Sambutan Hari Ibu di Stadium Bakri Rais Bota Kanan telah berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.Konsert Amal berkenaan adalah lanjutan sambutan Hari Ibu yang telah dijayakan pada pagi hari tadi dengan penganugerahan Ibu Mithali. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak iaitu Datin Seri Hajjah Fatimah bt Taat.Konsert Ustaz Akhil ini telah bermula pada pukul 30 malam.Seramai kira-kira 3 ribu orang yang terdiri daripada perbagai lapisan masyarakat telah menyerbu Stadium Bakri Rais.Bayaran tiket sebanyak RM 10 nampaknya tidak menjadi batu penghalang untuk mereka menyaksikan sendiri Ustaz Akhil Hayy beraksi secara langsung.
Didalam konsert berkenaan Akhil Hayy telah menampilkan suatu persembahan yang cukup menarik dan persembahan vokal yang sangat mantap.Persembahan nyanyian menjadi bertambah menarik dengan diselangselikan dengan ceramah dan temubual dengan penonton.Akhil Hayy berjaya memikat hati penonton dengan kata-kata nasihat,gurauan serta kebolehannya bertutur loghat Perak.Dengan kebolehan yang berjaya digabungkannya secara padu,maka Akhil Hayy dapatlah dikatakan sebagai seorang penghibur yang mempunyai okjektif dan misi yang kukuh didalam pembentukan dan penambahbaikan terhadap sosio-budaya kaum remaja dan masyarakat keseluruhannya telah meletakkan beliau kesatu tahap, mendahului penghibur-penghibur yang lain.
Antara lagu-lagu yang disampaikan oleh beliau ialah Anak Durhaka (Kump. El Suraya Medan),Berita Dari Kawan,Ikhlas,Seroja,Dibawah Satu Cahaya dan lain-lain lagi.Sistem audio yang baik serta sistem lampuan telah diatur dan diselaraskan oleh pakar-pakar dari kumpulan khas yang dibentuk sendiri oleh Ahkil Hayy telah berjaya menyemarakkan lagi majlis tersebut.Sistem asap yang digunakan telah berjaya mencorakan lagi konsert tersebut.Disebabkan oleh adanya ceramah,cabutan tiket bertuah serta acara-acara lain menyebabkan konsert ini adalah suatu konsert yang dianggap paling menarik yang pernah dianjurkan di daerah Perak Tengah ini.
Konsert diakhiri dengan lagu Ikhlas,dan kemudiannya Ustaz Akhil Hayy mengucapkan ribuan perhargaan kepada semua pihak-pihak yang banyak membantu menjayakan majlis tersebut,terutamanya pihak penganjur En Mior dan Jabatan Kerja Raya Daerah Perak Tengah.Kemudian sessi bergambar bersama peminat telah dijalankan.Semasa sessi ini,peminat-peminat dapat berbual dengan Ustaz Ahkil secara mesra.Penulis sempat juga berbual kisah-kisah lama dengan beliau.Walaupun konsert ini berlangsung selama kira-kira 2 jam,namun masih ada perasaan tidak puas,dan diharapkan pada masa-masa akan datang,akan ada pihak-pihak tertentu akan menjemput Ustaz Akhil Hayy.Kepada sesiapa yang tidak hadir,ini adalah suatu kerugian dan untuk melihat Akhil Hayy beraksi kembali di Bota,mungkin akan mengambil masa yang panjang.Konsert ini merupakan kenangan yang tidak boleh dilupakan,tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit dan menjadi ingatan sepanjang kehidupan.

No comments:

Linkwithin