Sunday, September 1, 2013

FILEM TANDA PUTERA SECEBIS PANDANGAN RAMBANG NORAMIN MOSYI MOSYI

 



Dari Petikan FB-Noramin Mosyi mosyi

FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)

Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian!

Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat membahayakan penontonnya!

Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA.

Filem ini dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun Razak (The Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk kepada Tun Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara. Karakter Tun Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN yang terlalu 'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat sebagai menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku Najib yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini. Bertambah lagi runsingnya hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak kelihatan kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah, dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum.

Filem ini juga aku lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa lalu...TEMBAK SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP SANA -LETUP SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton filem ini.

Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh, kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung, ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!"

Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA.

Sial punya filem !

2 comments:

Norizan Murshid said...

Salam bro Noramin...saya peminat anda...saya turut bersetuju dengan apa yang anda coretkan berhubung filem Tanda Putera.
Saya menonton filem ini di salah sebuah pusat membeli belah yang tersohor di Bangsar..pada 30/8/2013...dan saya ada lah penonton ke dua yang masuk ke dalam panggung ..jumlah penonton yg menonton pada jam 4.20 ptg adalah dlm 5 orang....sedih...orang melayu sendiri x minat menonton filem melayu...dan filem ini sungguh mengecewakan saya...sedih.

Nasri hashim said...

filem x laku macam sampah ..banyak fakta cuba di kelirukan

Linkwithin