Debaran semakin bergetar dengan hebat.Parlimen sudah dibubar,dan bermulalah perang plihanraya bagi parti yang bertanding.Bahang panas kian terasa memandangkan PRU 13 adalah yang paling sengit dan merupakan titik perubahan kepada senario politik negara.
Dato Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah lagi negeri Perak.Setelah Bota,Kg Gajah,Lumut dan Bagan Serai,kini tiba giliran untuk kawasan Gerik dan Lenggong.Sesunguhnya kawasan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional di negeri Perak.Kedatangan DSAI kesini diharapkan dapat memberi suatu tolakan besar kepada BN.
Oleh kerana semalam telah berlaku Pembubaran Parlimen,Maka Dato Seri Anwar terpaksa mempercepatkan untuk melakukan pengistiharan calun calun DUN PKR Perak.Pengistiharan ini akan dilakukan di Pekan Gerik.Diharapkan para penyokong dan rakyat jelata dapat berhimpun disana sebagai tanda sokongan.
Ustaz Zulkifly Ibrahim |
Tujuan pengistiharan awal ini adalah supaya calun dapat menentu dan mengerakkan Jentera Pilihanraya masing masing.Calun calun telah diberi kuasa dan kebebasan untuk menentukan sendiri jentera pilihanraya.Calun juga berkuasa untuk menolak sebarang campurtangan dari pihak pihak tertentu.
Jentera Dun Bota |
Untuk Dun Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim sudah hampir pasti menjadi bakal calun,yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.Untuk kepastian sila lah bertandang ke Pekan Gerik malam ini.Wakil TBO akan berada disana untuk buat liputan secara live untuk anda.
Menjamu Selera Di Gerai Berdekatan Bilik Gerakan Utama Bota |
Ustaz Zul Serius Membincangkan Strategi Pilihanraya |
Ini Pun Jentera.. |
Thursday, April 04, 2013
Jadual Jelajah Anwar ke Perak hari ini selepas bubar parlimen
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak4 April 2013 (Khamis)
1) 8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik
3) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. Dr Mohumad Nur Manuty
iii. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
iv. YB Sivakumar
v. Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid
vi. Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab
vii. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
viii. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
ix. YB Dr Lee Boon Chye
x. Ustaz Termizi Abd Hamid
xi. Haji Sufian Mohd Nordin
5 comments:
allahuakbar!!!!amber dok luar gerik,tp mengundi Parlimen gerikk..PRU12 ambo tak mengundi,tapi kali ni ambo akan balik megundi..insyallah..
Tahniah kerana mengundi..undi Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan umat.Perjalanan dari Bota ke Grik memakan masa 3 jam.Namun demi info untuk anda,kami sanggup..Grik..nantikan kedatangan TBO kesana...umm..nak makan kat mana yer?...bawang putih bawang merah ke?..hi..hi..
Anwar akan umum calon Gerik je bukan semua calon PKR. Tu cuma gimik nak tarik orang datang sahaja. Xcaya tgkla malam ni ye.
Hehehe.. senarai calon PKR sume dah tau. Anak2 Anwar pun sume nk bertanding. PKR ni parti Anwar ke?
Orang2 yg ada nama n baru masuk sume bertanding. Abis tu org yg dh lama dlm parti ni xlayak ke? Bodoh sgt ke orang yg setia n lama berjuang dgn parti ni..
Kedudukan sama ada Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini dikhabarkan akan bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor akhirnya terjawab.
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu disahkan tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di negeri yang dikuasai KEADILAN bersama PAS dan DAP itu.
Pengumuman mengejut itu dibuat sendiri ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam satu temubual bersama penyampai berita stesen televisyen satelit, Al Jazeera petang semalam.
KUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.
Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum.
Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.
Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan Anwar masih belum dapat dipastikan.
“Kerusi mana pilihan Datuk Seri kita belum tahu lagi. Kita tunggu malam ini mungkin dia akan buat kejutan.
“Apapun, semua calon dan jentera pilihan raya negeri bersedia penuh untuk PRU 13,” katanya kepada Keadilan Daily.
Post a Comment