Saturday, March 9, 2013

PRU13: Anwar ramal majoriti minimum 10 kerusi..Tolak Jadi Menteri Kewangan..







Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan majoriti lebih daripada 10 kerusi parlimen dan menguasai sekurang-kurangnya enam daripada 13 negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari pertama berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat akan meliberalisasikan lesen akhbar, kata Anwar dalam satu temubual di Kuala Lumpur hari ini.

Dasar utama dalam tempoh 100 hari pertama akan termasuk pendidikan, pembasmian rasuah dan perolehan kerajaan. Tiada hukuman yang akan diambil terhadap pemimpin-pemimpin terdahulu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memecat beliau pada tahun 1998, katanya.

NONE"Saya tidak mahu dianggap terlalu yakin, tetapi saya percaya,
melihat pada trend sekarang, akan dapat majoriti yang selesa," kata ahli politik yang berusia 65 tahun itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April untuk mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.

Anwar mahu menewaskan kerajaan yang beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dan yang telah mentadbir Malaysia selama 55 tahun.

Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada tahun 2003, mengambil alih jawatan menteri kewangan selepas memecat Anwar semasa krisis kewangan Asia.

Perdana menteri selepas itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib, turut memegang portfolio tersebut. Anwar berkata beliau akan menyerahkan tugas itu kepada orang lain jika beliau menjadi perdana menteri.

"Setelah berpengalaman selama lapan tahun sebagai menteri kewangan, saya tahu ia sangat sukar," kata Anwar.
"Anda tidak boleh mempunyai perdana menteri yang juga menjadi menteri kewangan. Anda tidak akan ada masa apabila anda mempunyai masalah forex, berurusan dengan Suruhanjaya Sekuriti. "

Pakatan belum memutuskan siapa yang akan menjadi menteri kewangan serta jawatan Kabinet yang lain, katanya.

Persaingan dalam PRU13 kali ini 'sangat sengit', kata Ibrahim Suffian, seorang penganalisis politik di Merdeka Center for Opinion Research.
"Ini adalah masa yang terkuat untuk pembangkang dalam sejarah," katanya melalui telefon.

2 comments:

Anonymous said...

Inshaallah PR akan berjaya ke Putrajaya. Jom Ubah..!

Anonymous said...

kena hentikan semua projek mega.bantu rakyat yang tiada air letrik dan sebagainya.batalkan cukai tanah,rumah,pintu,tingkap,jamban dan segala segala nya yang menyusahkan rakyat miskin dalam bandar mau pun luar bandar. Gaji,alaun dan kemudahan menteri perlu menteri perlu disemak balik .diharapkan ini kali tiada lagi gangguan mana mana pihak politik dalam kehaakiman.Hakim hakim yang bersalah yang baik yang dah pencen mau npun tidak perlu diketengahkan untuk diambil tindakan.badan kehakiman negara perlu dirombak 100peratus BEBAS

Linkwithin