Ustaz Zulkifly Bersama Saudara Saiful Serta Keluarga |
Beliau menyatakan kehairanannya mengapa UMNO melakukan serangan dan menjadikan isu tentang pemberian geran tanah oleh Kerajaan PR Perak semasa memerintah Perak 11 dulu.Pemberian tanah itu sebenarnya adalah untuk rakyat yang miskin dan yang tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah kediaman.Isu ini telah di mainkan oleh UMNO kononnya Dato Seri Nizar Jamaludin telah memberi banyak tanah kepada kaum Cina akibat pengaruh daripada DAP.Umno telah menyembunyikan fakta dimana pemberian tanah itu juga melibatkan penganugerahan tanah sebanyak 1000 ekar kepada Sekolah Agama dan penduduk Melayu yang miskin.Umno juga menutup pekung mereka sendiri yang selama ini banyak mengambil tanah rezab melayu untuk dijual kepada taukeh taukeh Cina.Tanah Rezab ini diambil atas nama pembangunan,tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Bacaan Doa |
Turut sama memberi ucapan pada majlis berkenaan ialah Ustaz Wan Ji dan Ustaz Ismi (Yang Dipertua PAS Parit.Setelah selesai majlis ,semua hadirin telah dijemput untuk makan kenduri dirumah Encik Saiful iaitu Setiausaha AMK Parit yang terletak berhampiran.Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zulkifli dan Ustaz Wan Ji.Terima Kasih kepada tuan rumah keatas hidangan mee sup tulang lembu, roti jala,kuah durian dan rendang ayam kampung yang begitu menawan hati.
Msinc- Kalau tak percaye akan kesedapan hidangan jamuan ini..lihat gambor dibawah,tengok deme ngonyen pun..dah tau sedap ke..ijak..hi..hi..
Aii..Berdue Aje..??Ate Mun Tak Di Pelawe..Hi..hi.. |
2 comments:
assalamualaikom...sy mewakili..keluarga En,Saiful mengucapkn ribuan trimakasih kpd tetamu yg hadir ke teratak ayahanda kami unt mejamu selera.semoga tetamu yg hadir brpuashati diatas layanan dan makanan yg disajikn.Jika ada kekurangn atau ketidakselesaan dirumah kami harap dimaafkn..sekian terima kasih
walaikummusalam..saya bagi pihak jentera pilihanraya DUN Bota juga mengucapkan terimakasih atas layanan baik dan juga jamuan pada majlis bekenaan.Semoga Allah jua yang membalas budi baik tuan rumah seisi keluarga.
Post a Comment