Thursday, February 14, 2013

IC merah..IC biru..Jangan Perlekeh Keselamatan Negaraku..


Dikala pemberian ic kepada pendatang tanpa izin sedang heboh diperkatakan,eloklah kita memandang kepada isu isu tempatan.Hasil siasatan TBO medapati bahawa masih ramai pendatang pendatang yang layak menjadi warga negara masih diketepikan untuk menjadi warganegara.Pihak TBO telah menerjah seorang penduduk pendatang dan melakukan soal jawab dengan beliau.Asal penduduk ini adalah dari Indonesia dan telah 35 tahun menetap di Malaysia serta mempunyai keluarga.Isterinya adalah orang asal dari kaum Semai dan beliau telah menganggap bahawa Malaysia ini adalah tanah air sendiri kerana beliau sudah lama dan mempunyai keluarga dan tidak mungkin beliau akan kembali menetap di Indonesia.

Oleh kerana memegang status penduduk tetap,banyak kemudahan atau bantuan untuk beliau dan keluarga telah diketepikan.Baru baru ini,anaknya memohon untuk menjadi anggota Polis,setelah berjaya melalui pelbagai ujian,pemohonan anaknya telah ditolak kerana bapa adalah penduduk tetap.Kemudahan dan bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga hampir dibatalkan namun nasib baik perkara ini dibawa ketengah.Akhirnya bantuan dan kemudahan berjaya juga diperolehi.

Bagi penduduk ic merah ini ,tiada apa yang paling berharga dari menjadi warga negara di bumi bertuah ini.Beliau senantiasa mengikuti perkembangan politik tanah air merasa begitu sedih tidak dapat bersama sama dengan seluruh rakyat Malaysia melakukan perubahan –perubahan untuk kesejahteraan dan kemajuan rakyat.Beliau berharap Kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah akan dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Sebenarnya memberi  kad pengenalan dengan begitu mudah kepada pendatang asing tanpa sebab sebab yang kukuh dan tanpa adanya penyiasatan yang teliti dapat merbahayakan kepada keselamatan negara.Kebanjiran pendatang asing dengan ic segera mereka memudahkan negara asing melakukan pengintipan keatas negara ini.Misalnya kebanjiran pendatang Filipina di Sabah,tambahan mereka diberi kad pengenalan,akan memudahkan mereka melakukan risikan untuk pihak pihak tertentu misalnya lanun atau kumpulan militan.Dengan adanya ic ini mereka boleh melakukan pengintipan dalam masa yang panjang dan teratur.Ini menjadikan sesebuah kawasan senang untuk diserang atau ditawan.

Msinc-Penduduk ini susah dapat jadi warga negara pasai undinya tidak diperlukan,maklumlah undi orang asal 98% ke BN,Bota pun ,BN kategorikan sebagai kawasan putih...cuba kalau dikawasan BN tewas..sah sah penduduk ni dapat ic..

2 comments:

Unknown said...

boleh saya tahu... bagaimana ya.. nk buat ic merah... kawan saya warganegara thailand.. tapi telah duduk lama di malaysia.. dia mahi buat ic merah..bagaimana ya..

Unknown said...

Dhan BAHADUR GURUNG 01139093345

Linkwithin