Pada 10 hb Feb 2013 yang lalu telah berlangsung program sumbangan kepada penduduk penduduk Kg Telok Bakong oleh Bakal Calun DUN Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Turut diadakan juga ialah program memeriksa kesihatan penduduk.Disamping itu turut dijalankan juga gotong royong membaiki atap rumah Puan Halimah yang telah uzur itu.Penerima sumbangan adalah dari penduduk penduduk Telok Bakong dan 10 orang penduduk kaum asal dari Gedung Batu dan Suak Padi.
Seawal pagi lagi halaman rumah Puan Halimah telah di penuhi oleh penduduk setempat.Mereka begitu tetarik sekali dengan program memeriksa kesihatan yang telah dijalankan oleh dua orang sukarelawan iaitu Puan Khadijah dan Encik Azmi.Setelah pemeriksaan kesihatan,Puan Khadijah turut juga memberi ceramah tentang kesihatan Dalam ucapannya beliau turut memberi beberapa tip tip kesihatan kepada penduduk.Diakhir ceramah penduduk dibenarkan membuat beberapa soalan mengenai kesihatan.
Setelah tamatnya pemeriksaan kesihatan,Ustaz Zul telah memberikan sepatah dua kata.Dalam ucapannya beliau menyeru penduduk penduduk supaya rajin bersenam dan menjaga kesihatan mereka.Menurut beliau lagi program sumbangan ini adalah lanjutan daripada program sumbangan yang terdahulu dimana dalam lawatan beliau,banyak lagi penduduk yang masih didalam kesusahan dan diharapkan dengan adanya program ini dapat membantu meringankan beban penduduk.
|
Tuan Haji Maamur Yang Faseh Berbahasa Semai Sedang Menyantuni Orang Asal Dari Gedung Batu Dan Suak Padi |
|
Yang Penting Kerjasama... |
No comments:
Post a Comment