Monday, September 10, 2012

Ahli UMNO Mula Memberontak Dan Menyanggah Kepimpinan UMNO/BN Negeri Perak -Updated


(Gambar Dari Facebook PAS Bota Kiri..Terima Kasih)

          Bantahan ini datang nya dari Pemuda UMNO,Belia Desa dan Penduduk dari Parit 11,12,13 dan 14 Titi Gantong Perak yang seramai kira kira 800 orang.Mereka menyanggah kerana beberapa keperluan keperluan rakyat telah disisihkan oleh pemimpin iaitu hak hak menjadi ketua kampung, (mungkin Ketua kampong yang dilantik sekarang tidak mereka gemari dan mungkin mereka mahukan ketua kampong yang dilantik oleh orang ramai). Pakatan Rakyat selepas kemenangan di PRU 13 dahulu di Negeri Perak,pernah cuba menjalankan pilihanraya kampong dimana ketua kampong akan dipilih sendiri oleh orang ramai bukan nya diatas tiket ketua cawangan parti seperti yang diamalkan sekarang.Ini bermakna pemimpin yang dilantik adalah mereka mereka yang dipercayai dan disukai oleh orang kampong.Namun setelah negeri dirompak,cadangan tersebut tidak dapat dijalankan.
                  Hak hak keatas tanah yang sudah 25 tahun diusahakan( ramai yang tidak memiliki geran tanah) dan hak hak untuk mendapatkan jalanraya bertar.Adalah tidak diketahui samada mereka dapat atau tidak bekalan air bersih.Disetiap pelusuk negeri terdapat poster poster besar gambar Zambri dengan cogan kata Perak Amanjaya..Tiada Yang Tertinggal...Tiada Yang Terpinggir...apa dah jadi dengan cogankata itu.Ahli ahli UMNO sendiri dah bangun membantah..mereka cuma akan beri undi pada BN jikalau tuntutan tuntutan mereka itu dipenuhi...nampak nya mustahil Zambry akan dapat menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat  kecuali janji janji sahaja..sekiranya tuntutan tidak dapat dilunaskan sebelum PRU 13..kepada siapa undi mereka akan diberikan?Banner ini lebih kelihatan untuk cenderung kepada ugutan penduduk kepada kepimpinan.Mereka berangapan tuntutan akan lebih senang untuk diadakan apabila dilakukan disaat PRU 13 mahu diadakan..kita tunggu tindakan selanjutnya.Dahulu Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran YB Dato Nizar Jamaludin dikatakan banyak member tanah kepada orang cina dan india.Jadi sekarang Zambry kena tunjukkan bahawa UMNO banyak beri tanah pada orang Melayu(bukan merampasnya).
            Kepada Gerak Kerja Pakatan Rakyat Perak Tengah,gandakan lagi usaha anda dalam menyedarkan rakyat.Sesungguhnya Kerajaan BN sudah lama memperbodohkan rakyat demi cita cita besar pemimpin

 Msinc- Daahhh lamaaaa dah sedar dan tidak akan terperangkap lagi dengan segala tipu helah kerajaan UMNO/BN... ..Janji Dicapati...Rakyat Dibahulukan...

No comments:

Linkwithin