Isu tanah adalah isu yang sensitif di Negeri Perak.Dibawah pentadbiran BN semasa ini telah banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pengagihan atau kurniaan Tanah.Bukan lah suatu kabar asing jika dikatakan bahawa pengambilan tanah banyak di monopoli oleh dua golongan ini .Kedua golongan ini adalah orang politik (UMNO/BN) dan kakitangan kerajaan.Golongan politik membolot tanah negeri melalui kuasa politik mereka.Ini dapat dilihat dengan pengambilalihan sebahagian Kaw Hutan Rezab Melayu dan pemberian lot lot tanah Felcra kepada kroni yang sepatutnya diberi kepada rakyat yang susah.Dari pengalaman sendiri,pernah membuat kaji selidik tentang sosio –ekonomi peserta Felcra dan salah seorang yang ditemuramah adalah bekas DUN.Persoalannya kenapa beliau juga tersenarai sebagai peserta?.Mungkin alasannya sebagai mengenang jasa.Jasa mereka telah dibayar dengan elaun yang diberi setiap bulan beserta pencen.Berilah lot lot tersebut pada mereka yang berhak
Begitu juga dengan kakitangan kerajaan.Ada antara mereka telah dianugerahkan lot lot tanah dengan alasan mengenang jasa mereka .Ini bukan omong-omongan.Anda boleh semak dalam geran Mukim Jaya,Perak Tengah.Siapakah mereka mereka yang memiliki tanah disini.Bukan nya sedikit,setiap orang diberi lima ekar.Begitu besar jasa mereka ..Persoalannya pekerja swasta tiada jasakah kepada masyarakat?.Bagai mana dengan petani,pesawah dan nelayan yang memberi makan kepada masyarakat?.Mereka ini lah yang patutnya diberi tanah bukan nya kakitangan kerajaan yang telah dibayar gaji beserta dengan kemudahan kemudahan lain .Terdapat contoh yang baik ialah seorang kakitangan bawahan memiliki berpuluh puluh ekar dari pemberian tanah dan hasil bodekkannya terhadap ketua jabatan.Mungkin ada haknya untuk dapat kurniaan tanah jika berdasarkan gaji nya yang rendah tetapi bila dah sampai berpuluh puluh ekar maka ianya dianggap suatu ketidakadilan kepada rakyat marhain.oleh itu tindakan oleh kerajaan P.Pinang itu adalah dipuji dan patut dicontohi oleh bakal kerajaan
Pernah dahulu dalam tahun 1990an kerajaan Perak membuka permohonan tanah kepada penduduk perak tengah.Kononnya tanah yang hendak diberi itu di Mukim Keledang Sayong.Maka berderu derulah rakyat jelata ini ke Pejabat Daerah untuk mengambil borang permohonan,dengar cerita oleh kerana kegairahan untuk mendapatkan borang ,berebut rebut hingga menyebabkan ada yang sampai terkoyak baju sehiingga mendatangkan aib.Cerita diatas adalah untuk mengambarkan keinginan rakyat jelata yang miskin dan susah kepada sekeping tanah.Apa dah jadi kepada permohonan permohonan tersebut?Tak boleh nak cakap..kalau cakap pun tak de bukti nak buat apa.-Msinc TBO

No comments:
Post a Comment