Saturday, February 23, 2013

MB: S'gor umum bila benar-benar akan bubar DUN







Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor memperkenan bahawa pengumuman mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri akan hanya dibuat apabila pembubaran itu benar-benar akan dijalankan.

Katanya, beliau berjanji dengan Sultan Selangor yang menitahkan agar beliau tidak mengumumkan pembubaran tersebut sehingga diputuskan.

"Saya dah beritahu tuanku, saya tak ada halangan kalau pilihan raya ini dillakukan sama dengan pilihan raya parlimen," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri benar-benar akan mengumumkan pembubaran DUN selepas sambutan Chap Goh Meh pada hari Ahad.

Selain itu, Sultan Selangor turut menitahkan agar kerajaan negeri membuat pembubaran dengan tertib dan teratur, katanya.

Khalid turut ditanya sekiranya kerajaan negeri mendapat sebarang keuntungan apabila membubarkan DUN lebih awal.
Katanya, ia menunjukkan kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Sultan tidak menghalang pembubaran. Tapi dia mencadangkan dibuat penuh tertib dan teratur dan meminta saya mengumumkan bila pembubaran itu berlaku.

"Bila pilihan raya akan berlaku, akan senang hati lah. Sesetengah rakan-rakan asyik tanya bila pilihan raya. Jadi kita kata, Selangor bersedia untuk pilihan raya
"Jadi saya menerima titah dan nasihat daripada Tuanku  supaya pilihan raya mesti diadakan.
"Saya juga menerima titah Tuanku dengan dengan mengadakan pilihan raya dengan betul supaya tidak ada orang mengatakan negeri Selangor melakukan dengan cara yang tak betul," katanya lagi. MalaysiaKini

No comments:

Linkwithin