Wednesday, February 20, 2013

ISA Pun UMNO Beli...???

ISA Yang Sentiasa Ceria Dan Menghiburkan...
Sape ke Isa ni??..Dia ni orang penting..bukan Isa samad..Ini Isa Bote..kalau kome selalu lalu lalang kat bote,kome musti terperasan ade sorang mamat berkayuh basikal..Pada basikalnya digantung banyak bendera PKR dan PAS.Kira dia ni icon ler..Mamat ni seorang yang rajin dan peramah,sangat suka melakukan kerja kerja sukarela.Beliau ni sangatlah rapat dengan jentera pilihanraya PKR Parit.Beliau sering jadi bahan sakatan dan gurauan ahli ahli jentera untuk melepaskan penat ketika melakukan aktiviti kempen.Sebenarnya Isa adalah insan istimewa yang mengalami sedikit masalah mental,namun demikian ianya tidak menghalang beliau dari membantu kempen kempen Pakatan Rakyat Bota.

Baru baru ini telah terjadi perubahan yang ketara kepada Isa,beliau telah mengayuh basikal baru..baru keluar kedai beb...dikiri kanan basikal barunya telah tergantung bendera bendera Barisan Nasional..mengapa boleh berlaku sebegini..rupa rupanya dia dah dipancing oleh geng sebelah sana..ini lah sebotaj terbaru yang dialami oleh pihak jentera pilihanraya DUN Bota.Selama ini jentera menerima pelbagai jenis sabotaj sepaerti nota layang,carik bendera,sms liar,contengan banner,ugutan dan lain lain.Semuanya ditempuhi dengan sabar dan tenang.Namun apa yang terjadi keatas Isa ini,telah benar benar memilukan setiap hati ahli jentera.Kami kehilangan anggota yang banyak membantu tidak kira masa dan ikhlas.Pemergiannya ke sebelah sana sedikit sebanyak menyedihkan dan mengharukan hati setiap ahli jentera.Semoga beliau akan insaf dan kembali kepada kami untuk memperjuangkan hak hak dan nasib rakyat dan kami akan menerima mu dengan lapang dada dan senang hati.Nantikan bersama..janganlah hampa..

No comments:

Linkwithin