Monday, February 18, 2013

Penentangan dalam BN meningkat terhadap keuntungan AES

KUALA LUMPUR — Sebanyak 2.72 juta saman perlu dikeluarkan dalam setiap lima tahun akan datang bagi dua pemegang konsesi kontroversi kamera Penguatkuasaan Sistem Automatik (AES) untuk menampung kembali pelaburan RM700 juta mereka.
Mengambil kira pihak berkuasa hanya mengumpul purata kira-kira 25 peratus daripada semua saman trafik setahun – meningkat kepada 65 peratus hanya selepas diskaun ditawarkan tahun lepas – kedua-dua syarikat akan perlu mengeluarkan lebih banyak lagi saman untuk menampung pungutan saman yang lemah.
Pengiraan sedemikian telah menyebabkan kebimbangan ahli politik Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat tentang motif keuntungan dalam perjanjian konsesi telah ditandatangani.
“Penswastaan AES boleh dilihat sebagai percubaan untuk mengaut keuntungan kerana ada sesetengahnya ia diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Umno Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kepada The Malaysian Insider.
Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.
Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.
Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.
Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.
Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.
Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.
Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.
Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.
Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.
Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus.
Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.
Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.
Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.
Walaupun pembela penguatkuasaan AES menyerang pengkritik kerana tidak bertanggungjawab ke atas isu-isu keselamatan jalan raya, beberapa ahli politik BN seperti Mohamad kekal bimbang tentang kemungkinan pengundi digunakan untuk membayar untuk keuntungan kedua-dua syarikat
“Kita perlu tangguhkan (pelaksanaan AES) agar rakyat tidak tertekan,” katanya.
“Apabila sudah bincang dan diperhalusi barulah dilaksanakan.”
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata beliau menerima bahawa sektor swasta akan membuat keuntungan dari mana-mana kontrak.
“Tetapi terma perlu berlaku adil kepada kerajaan dan pembayar cukai,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kebimbangan ahli politik BN tentang pengenalan AES boleh difahami oleh kerana pilihan raya akan berlangsung hanya beberapa bulan lagi.
Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) sudah mula menggunakan sistem kontroversi AES sebagai bahan kempen, dan pengumuman semalam bahawa perangkap kelajuan polis akan dikekalkan bersama-sama dengan kamera kelajuan boleh membuat perkara ini lebih sukar bagi BN kerana ia mahu mengekalkan kekuasaan di Putrajaya.
Negeri yang diperintah PR telah memberi notis bahawa mereka akan menghalang pemasangan kamera AES yang memerlukan permit daripada majlis tempatan, untuk mengambil kesempatan dalam usaha populis disasarkan daripada rasa tidak puas hati awam.
Ahli politik BN dan penyokongnya telah menuduh PR tidak bertanggungjawab dan mengatakan AES bertujuan untuk memastikan keselamatan jalan raya yang lebih baik.
Akan tetapi penentang sistem AES telah menegaskan bahawa penentangan terhadap kamera kelajuan baru adalah hasil daripada syak wasangka kerana penguatkuasaan telah diswastakan kepada sebuah syarikat yang mengambil keuntungan daripada saman dikeluarkan kepada pemandu.
Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.
Minggu lepas, Ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyeberangi jurang politik dan menyokong pakatan pembangkang PR dalam mendesak Putrajaya untuk menggantung menguatkuasakan AES, mengatakan ia boleh digunakan sebagai bahan kempen menentang BN.
Bung Mokhtar, ahli parlimen Umno yang berpengalaman, adalah ahli parti pemerintah paling kanan selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan persekutuan untuk menangguhkan penguatkuasaan sistem penguatkuasaan trafik baru itu.
Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor –kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.
Mereka juga mahu kerajaan mengkaji lokasi di mana AES akan beroperasi.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=54277

No comments:

Linkwithin