Tuesday, February 19, 2013

BN Parit Dapat Calon 'Orang Luor'..Udah Tak De Orang Tempatan Yang Cordek Cordeknye Ke?

Pekan Parit Bergegor... Akibat Perkhabaran Ini..hi..hi..
            Trajedi 1999 bakal berulang lagi....suatu penyimpangan daripada BN akan berlaku.Dikhabarkan kerusi kerusi untuk bakal DUN dan Parlimen Parit telah hampir ditentukan.Untuk DUN Bota,dari sumber dalaman Umno sendiri,Telah dapat dipastikan bahawa Dato Nasharudin akan sekali lagi mengisi tempat,meninggalkan saingannya dibelakang.Di Dun Belanja,seperti yang diramalkan,tempat Dato Zaim dikatakan telah digantikan oleh YB Nizar Zakaria.

            Timbul persoalan siapakah yang akan mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh YB Nizar Zakaria ini.Desus desas hebat menyatakan Calun Parlimen Parit ini akan diisi oleh YB Tajuddin Rahman dari Pasir Salak.Khabar khabar angin ini dapat diperkuatkan lagi dengan adanya khabar khabar dari Kg Gajah yang menyatakan bahawa Tajudin Rahman ini tidak dicalonkan untuk wakili Parlimen Pasir Salak.Terdapat juga cubaan cubaan untuk berunding dengan pihak PAS disana oleh kumpulan ini disamping tindakan tindakan sabotaj parti.

            Imbas sejarah kembali pada tahun 1999,dimana faktor utama kekalahan BN semasa itu ialah hadirnya orang luor yang bertanding di Parlimen Parit,walaupun  Menteri,ianya jelas ditolak mentah mentah oleh orang UMNO Parit sendiri.Sogokan wang tunai tidak memberi kesan,Orang Parit masih dahagakan sumbangan dan buah fikiran calun tempatan.Mungkinkah fenomena yang sama akan berlaku pada PRU ini.

            Sekiranya pemimpin tempatan tidak dapat mengisi tempat untuk menjadi YB,Apa akan terjadi pada pengikut pengikut mereka.kita sedia maklum bahawa pengikut setia mereka ini bukan lah berjuang dengan sukarela,mereka berjuangan atas kepentingan.Jadi bila calun mereka tidak dapat bertanding,bagaimanakah mereka ini dapat mengintai projek atau peluang peluang untuk mengisi katung sendiri?

Msinc-Senang cerita..alang alang menyeluk pekasam ,biar sampai kepangkal lengan.Alang alang tak dapat..bior semua tak dapat...hi..hi..


4 comments:

Yong said...

Salam TBO

Ater demer mana tahu berbaik antara satu sama lain. Pekida pun tak sior tolong Tajuddin. Hehehe kemer kene bebenor Tajuddin tu, termasuk ase usul dier...

Telok Bakong said...

Pekida belah sini semue dah sokong PR Yong..Org Parit tak akan terima dia..bukan kerana dia org luor tetapi atas dasar budi pekerti,akhlak dan arah matlamat perjuangan...

B O T A O N L I N E said...

ate deme tengoh ngelupor lagi nak cari2 calon yg sesuai..najib nak kekalkan yg lame,cume takot org parit getik kt yb2 lame ni sbb tak berape nak power and tak relevan lagi hihihihihhi

Telok Bakong said...

ianya adalah sebahagian dari kempen "selamatkan pemimpin umno" Cuba teka siap yang akan isi Parlimen P.Salak?..tunggukan artikel sambungannya..

Linkwithin