Monday, February 18, 2013

Listen Listen ..Listen..Carefully.. We Don't Need No Thought Control..

           Sebelum berlakunya kes Bawani yang di listen kan oleh Kak Pah tu..Kawalan keatas pendidikan oleh pemerintah sememangnya telah lama wujud.Sebenarnya sukatan pelajaran yang telah wujud semenjak negara merdeka telah diatur dan disusun supaya ianya menjadi bahan propaganda pemerintah iaitu UMNO/BN.Sukatan mata pelajaran terutamanya Sejarah dan Tatarakyat/Alam dan Manusia/Sivik telah disusun dan disunting dengan teliti bagi memelihara kepentingan pemerintah.

                   Didalam subjek sejarah,banyak fakta fakta yang dipinda demi menonjolkan semangat nasionalisme UMNO dan dapat menjunjung UMNO sebagai perjuang kemerdekaan.Sebagai contoh didalam mana mana buku teks sejarah telah memperkecilkan peranan parti parti politik yang dikatakan berhaluan kiri ini dalam usaha usaha mencapai kemerdekaan tetapi ianya lebih menonjolkan Umno walaupun kemerdekaan ini diperolehi dengan cara persengkongkolan UMNO dangan British.Akibatnya sosio-budaya Islam dan Melayu berubah dengan banyaknya selepas itu.

                   Ianya sama seperti kewujudan teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang bertujuan untuk memuliakan martabat sultan.Lalu dititahkan kepada penulis penulis Istana supaya mengada-adakan atau menokok tambah elemen elemen tertentu (walau pun kadang kadang berunsur tahyol) untuk menjadikan institusi Kesultanan adalah suatu yang perlu dihormati dan tidak boleh disentuh oleh rakyat jelata.

                   Dalam sedar atau tidak,kita sebenarnya telah "disekolahkan" oleh pemimpin pemimpin yang mahukan kuasa berterusan dan berkekalan ditangan mereka.Tujuan untuk memiliki kuasa ini bukanlah untuk memperjuangkan hak hak rakyat,tetapi ianya digunakan untuk merampas dan mengaut kekayaan negara yang mana hak hak rakyat terkandung didalam nya.Menyedari terdapat banyak anasir anasir yang dimasukkan dalam sistem pendidikan yang mengongkong kebebasan untuk berfikir,lahirlah protes protes untuk membantah keadaan ini.Pink Ployd adalah sekumpulan pelajar Universiti yang sedar dan maklum tentang kebobrokkan sistem pendidikan telah menghasilkan satu lagu top hit dan malar segar sebagai peringatan dan tanda protest.

Pink Floyd
Another Brick In The Wall lyrics

Songwriters: WATERS, ROGER

We don't need no education
We don't need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! teachers! leave the kids alone!
All in all you're just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.

We don't need no education
We don't need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! teacher! leave us kids alone!
All in all you're just a another brick in the wall.
All in all you're just a another brick in the wall.

-smooth guitar solo-

"Wrong, do it again!"
"Wrong, do it again!"
"If you don't eat yer meat, you can't have any pudding. how can you
Have any pudding if you don't eat yer meat?"
"you! yes, you behind the bikesheds, stand still laddy!"


Msinc- Tidak Berjaya "Disekolahkan" Oleh UMNO..

No comments:

Linkwithin