Thursday, February 14, 2013

Hina Kit Siang biadab, Ali Rustam tidak matang- Shamsul


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon mengenai kenyataan terbaharu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang menggelar Penasihat DAP sebagai biadap.
Kenyataan Ali tersebut diberi sebagai respon kepada kenyataan ringkas Kit Siang melalui laman sosial twitter bahawa negara Malaysia seolah tidak selamat bagi kanak-kanak berikutan pemergian mendiang adik William Yau Zhen Zhong.


                  Membiadabkan mana-mana individu atas satu kenyataan realiti adalah satu tindakan yang tidak matang, khususnya bagi seorang pemimpin veteran seperti Ali. Di saat pemerintahan Umno-BN bangga dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia pada tahun 2011, rentetan kes kehilangan kanak-kanak termasuklah penculikan dan pembunuhan kejam masih lagi berlaku secara berleluasa.

                Apakah Ali tidak sedar bahawa memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun selamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, malah turut menglibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya.

               Di saat ada kelompok Cawangan Khas yang diarah mengekor jejak langkah pimpinan-pimpinan pembangkang di seluruh Negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan Negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.

              Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah Negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat.

               AMK menyokong kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa wujud keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak. Inilah keutamaan yang harus diletakkan oleh PDRM.

              Ali perlu berhenti membiadapkan pimpinan pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat, sebaliknya Ali yang perlu lebih bersantun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh Negara.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
28 Januari 2013
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44079

1 comment:

Anonymous said...

betul apa yg Lim Kit Siang cakap
usahkan kanak2... yg umur 21thn blom tentu selamat
mati satu hal laaaa
yg mcm mayat idup tu...bersepah2
anak2 depa takpe la.. body guarg keliling pinggang
lg pun sapa berani dekat tunang dia lebih samseng lagi.....

Linkwithin