Bertempat di D'Lereng Resort Kg Ulu Chepor Chemor,suatu ketetapan telah diambil oleh Jentera Kempen Piliharaya DUN Bota untuk menjadikan Bota Hijrah sebagai motto kempen.Perkataan Bota Hijrah ini diambil berdasarkan kepentingan untuk rakyat Bota berubah kepada sesuatu yang lebih baik.Kepentingan hijrah ini kepada orang Bota ialah untuk memperbaiki keadaan diri mereka kearah kehidupan yang baik dari segi ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Ia juga melibatkan perubahan dari segi ekonomi dan sosial bagi menjamin hidup yang lebih bahagia dan sempurna.
Mesyuarat selama dua hari itu telah dianjurkan oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim ini adalah merupakan sessi "Brain Storming" untuk mengembeleng idea idea dan pemikiran yang baik dari setiap peserta.Kerjasama dikalangan peserta adalah begitu baik.Hasil dari curahan idea dan pemikiran ini telah melahirkan suatu momentum yang besar kearah kekuatan jentera parti.Impak nya akan memberi kesan yang mendalam terhadap kekuatan dan kelancaran kempen pilihanraya Dun Bota untuk PRU 13.
No comments:
Post a Comment