Monday, October 8, 2012

Pekerja IDS Terinaya Akibat Kilang Ditutup.


                    Pekerja sektor elektronik di Seri Iskandar akan mengalami nasib yang menyedihkan akibat penutupan sebuah kilang elektonik baru baru ini.Nasib kira kira 200 orang tidak dapat ditentukan serta terumbang ambing akibat tiadanya pembelaan yang sewajarnya dari pihak pihak yang bertangunggjawab.

                    Untuk makluman semua ,kilang ini ditutup seperti yang didakwa oleh Tuan punya ialah kerana tidaak dapat bertahan dengan persaingan diperingkat antarabangsa menyebabkan kekurangan permintaan lantas menyebabkan syarikat mengalami kerugian.Oleh kerana kerugian,pihak pengurusan mengambil jalan untuk melakukan penutupan perniagaan.namun begeitu kira kira 200 orang pekerja syarikat tersebut telah dibayar dengan pampasan yang tidak sewajarnya.Dimaklumkan mereka cuma dibayar sebulan gaji untuk pekerja yang bekerja tidak sampai setahun.Manakala pekerja yang lebih lama cuma dibayar 3 bulan gaji sahaja.Ini adalah jumlah yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar biasa iaitu 15 hari gaji setahun serta dengan lain lain imbuhan.Ada sebuah industri elekronik telah memberikan habuan sehinga RM 70,000 sebagai pampasan pekerja biasanya.

                 Akibat dari ketidakpuasan hati ini telah mengakibatkan kira kira 100 orang pekerja lama telah mengadakan piket atau tunjuk perasaan dihadapan premis tersebut.Persoalannya bagaimana hendak membela nasib pekerja yang nampaknya begitu dizalimi.Bagaimanakah cara nya mereka hendak menangung keluarga setelah kehilangan pekerjaan dengan diberi notis yang terlalu singkat?.Cukupkah pampasan sebulan gaji itu untuk menampung kos sara hidup yang meningkat di Seri Iskandar sementara mendapat pekerjaan yang lain.Apakah langkah langkah yang boleh diambil oleh pihak pihak yang berwajib terhadap pekerja malang ini.Bagaimana akta buruh yang sudah lapok itu dapat membela kepentingan pekerja.

               Dari sumber sumber yang boleh dipercayai,syarikat ini sebenarnya akan melabur di Negara Vietnam.Segala gala tindakan mereka ini adalah untuk mengabui mata masyarakat dan pekerja.Ianya dilakukan untuk mengelak dari membayar pampasan yang banyak kepada pekerja.Apakah tindakan kerajaan seandainya pihak syarikat sengaja berbuat demikian untuk mengaut keuntungan dari penindasan kepada pekerja.

2 comments:

fidel castro said...

memang benar kebanyakan pelabur sesudah habis insentif di malaysia akan berpindah ke negara baru seperti Vietnam (negara ini ada GSP dgn USA). melabur di malaysia ini banyak karenah,walaupon rugi dan dah nak tutup kedai masih kena bayar pampasan.dan orang orang bank pon tak nak bantu.macam mana nak berniaga di malaysia ni.last sekali kalau nak bisnes anda mesti bersedia berlawan dgn syarikat agengsi kerajaan

Telok Bakong said...

Itu taktik biasa kapitalis demi mengaut keuntungan semaksima yang mungkin..bila habis intensif sesebuah negara akan berhijrah kenegara lain dan akan datang kembali dengan nama baru untuk nikmati pengecualian cukai dan faedah faedah yang lain.Lagi pun Malaysia sudah tidak mempunyai daya saing lagi dengan kenaikan kos.Mengapa ini terjadi..pasal kerajaan yang ada sekarang tidak dapat mengawal ekonomi negara dengan baik kerana sibuk menjaga ekonomi mereka sendiri.

Linkwithin