Saturday, October 6, 2012

Aksi AksiBand Dari Telok Bakong,Libang Libu Yang Beraksi Di Stadium Kelana Jaya..


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

“Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

“Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya,” kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

“Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma,” katanya lagi.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk ,Kump Libang Libu dari Telok Bakong Online,Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

“Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih,” katanya lagi.

No comments:

Linkwithin