Tugas
pemimpin yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang
dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin
kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal
sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan
menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang
dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada
dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada
sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material mustilah adil dan sekata tanpa
mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan
membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong
nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama
Islam.
Kesenian dan
rekabentuk binaan di dalam Islam adalah berteraskan ketakwaan dan keimanan
kepada Allah pencipta alam.Binaan binaan yang dihasilkan oleh insan yang
beriman mestilah tidak boleh lari dari menunjukkan sifat-sifat kepatuhan dan
rendah diri kepada yang maha Esa.Seni binaan dalam Islam bukanlah untuk
bermegah-megah,riak dan takbur.Ini menjadikan seni binaan Islam adalah berbeza
dari konsep binaan kontemporari.Sedia maklum kita ketahui konsep rekabina barat
lebih cenderung untuk bermegah megah dan bermewah-mewah,seperti mendirikan
bangunan yang tertinggi,terpanjang,termahal ataupun binaan yang dibuat dari
material yang mahal mahal.Semua ini dilakukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga
melahirkan perasaan takbur dan riak kepada pengasasnya,pereka,pembinanya dan
sebagainya.
Tuan Guru Nik
Aziz dalam satu siri ucapannya,menyatakan bahawa adalah suatu pembaziran untuk
membina sesebuah masjid yang cantik dan mahal,sekiranya keperluan rakyat jelata
masih tidak mencukupi sepenuhnya.Keperluan ini terdiri daripada keperluan asas
manusia seperti makanan,pendidikan,perubatan dan sebagainya.Ini boleh dilihat
dengan pembinaan masjid-masjid yang besar dan mahal di Putra Jaya,Terengganu
dan di seluruh Malaysia,sedangkan penduduk di Baling,Sabah dan Sarawak masih
hauskan keperluan asasi ini.Maknanya,walaupun untuk membina masjid,kerajaan
perlu berhati-hati dan berjimat cermat dalam mengunakan wang rakyat.Menurut
Tuan Guru lagi,tiada bezanya dari sudut pahala antara membina masjid yang mahal
dan cantik dengan membina masjid yang sederhana dan murah.
Dapat kita
lihat dewasa ini,matlamat pembinaan masjid (bukan semua) adalah menyimpang dari
konsep menunjukkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah.Ada masjid yang dibina
ini terkandung dalam matlamatnya untuk tujuan perlancongan.Ini sudah
terang-terangan melanggar konsep binaan dalam Islam yang mensyaratkan bahawa
ianya ialah untuk menunjukkan ketakwaan dan keimanan hamba kepada
penciptanya.Ianya tidak boleh berokjektifkan dengan matlamat-matlamat yang
lain.Perkembangan perlancongan yang berlaku akibat pembinaan sesuatu masjid
adalah natijahnya saja,tidak boleh dijadikan matlamat pembinaan.Maka jika
matlamat pembinaan masjid ini sebagai lambang ketakwaan dan ketaatan manusia
kepada Tuhannya perlulah segala elemen atau pelaku-pelakunya mempunyai keimanan
kepada Allah.Ini meliputi dari pengasas,perekacipta,pembina atau siapa-siapa
sahaja yang terlibat dengan sesuatu binaan tersebut.Makanya tidak perlulah nak dipertikai siapa yang buat dan siapa yang tidak buat.Membina tempat ibadah adalah salah satu kewajipan kepada pemerintah.Ini adalah kerana tugas utama pemerintah ialah membawa rakyat untuk bertakwa dan beriman kepada Allah.
No comments:
Post a Comment