Saturday, June 19, 2010

Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR

Dalam kes Speaker DUN Perak  melucutkan ADUN  mereka kata beliau tiada kuasa dan ianya telah diputuskan Oleh Mahkamah Persekutuan manakala kes ADUN Kota Seputeh, Speaker DUN Kedah  ada separuh kuasa mengantung dan melucut ADUN berkenaan manakala sebahagian lagi kuasa tergantung hingga kini sebab belum diputuskan oleh Mahkamah. Dalam kes Tian Chua pula mereka berdolak dalik..entah le

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.June 19, 2010
Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.
“Sekarang keadaan kurang jelas. Karpal (Singh) berkata kerusi itu sudah kosong, Tian Chua pula berkata beliau masih wakil rakyat sah bagi kerusi tersebut.
“Jadi dalam keadaan ini, kita akan menunggu notis makluman rasmi daripada speaker atau setiausaha Dewan Rakyat,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Wan Ahmad berkata pihaknya memutuskan demikian selepas penasihat undang-undang SPR meneliti implikasi keputusan mahkamah tinggi kelmarin.
“Oleh kerana perkara ini kurang jelas, maka berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan, kami menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan status kerusi itu,” kata beliau.

No comments:

Linkwithin