Thursday, August 6, 2009

Pemimpin PR gemar sengketa , mencemar imej Pakatan



kelulut@telokbakong.com
06.08.09



Rakyat sedang memerhati tingkah laku pemimpin PR.Pasca pilihanraya 12 menyaksikan Pakatan lihat banyak mencipta masalah daripada memperkukuhkan Pakatan .Mungkin mereka masih berkhayal ataupun masih bermentaliti pembangkang tegar.

Jika tidak masalah didalam parti yang diperbesarkan, maka dicari masalah didalam pentadbiran negeri masing - masing .Tujuannya mungkin mahu dilihat sebagai wira parti atau kaum.

Ketika ini UMNO - BN rancak merancang pelbagai program dipelbagai peringkat PR masih terkulat - kulat mencari rentak .

PR terpaksa mengakui bahawa BN sedang didalam proses baik pulih. Jika BN berjaya memulihkan imej mereka dimata rakyat PR akan putih mata .

Ya, memang benar kita menang didalam beberapa pilihanraya kecil tapi itu bukan ukuran tuntas.Masa masih panjang sepatutnya dua tahun pertama ini digunakan sebaiknya membayar balik keyakinan rakyat didalam PRU 12 yang lalu.

Lihat cara UMNO selepas kalah besar mereka terus menyusun strategi biar pun terpaksa 'membuang ' Presiden parti .

Pakatan perlu sedar Umno bagaikan harimau luka , segala kekuatan adalah milik mereka .Lihatlah Polis, SPRM, Media Massa dan pelbagai agensi adalah dibawah kawalan mereka.

Era Najib adalah zaman sukar bagi PR , jika dibandingkan zaman Pak Lah PR sering mendapat credit daripada rakyat.Pak Lah diserang dari luar dan dalam parti maka di lemah .

Pentadbiran Najib nampak kemas dan berkuasa , maka kekuatannya bertambah .Lihatlah bagaimana serangan dibuat terhadap Pakatan .Nampak sedikit berhasil apabila pentadbiran Negeri dan parti berceramuk .

Tidak dapat tidak,PR mesti mengakui bahawa sokongan rakyat sudah mula merosot.Maka itu janganlah terus berkhayal . Sebaiknya carilah peluang memperkuatkan Pakatan.Jangan hanya bergantung kepada isu - isu lapuk .Carilah kekuatan baru, bukan mencari masalah baru .

Sudahlah dihimpit BN kiri dan kanan .Pemimpin bercakaran sesama sendiri .

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

PRU 13 belum tentu milik PR , oleh itu perkemaskanlah strategi elakkan kontroversi .Jika tidak,penyokong dan rakyat akan berputih mata lagi .


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin