Tuesday, August 4, 2009

Demontrasi Anti ISA , Perbuatan bodoh ? Penduduk Telok Bakong pernah ditahan ISA .


kelulut@telokbakong.com
4.08.09


Sehari selepas berlaku perhimpun saya menerima sms dari seorang sahabat bertanya apakah saya juga ditangkap kerana menyertai perhimpunan anti ISA .

Beliau" menasihati " ala Utusan Malaysia , dengan mengatakan janganlah terbabit dengan kerja - kerja bodoh tersebut . Sahabat itu juga mengatakan ISA adalah bertujuan menjaga hak Ketuanan Melayu .Menurutnya lagi jika ISA dihapuskan maka bergembira bangsa bukan Melayu .

Itu pandangan dia , hak mereka untuk memberi pandangan. Tetapi yang mendukacitakan adalah mentaliti sebegini dianuti oleh mereka yang bergelar pendidik .

Sepatutnya golongan ini berfikir secara terbuka , apakah benar salah tindakan mereka yang membantah ISA. Berfikirlah , buatlah kajian sudah berapa banyak kes ISA yang sudah dibuktikan dimahkamah ?.

Benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki – negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan.

Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)

Sebelum bermula demontrasi tersebut pun sudah ada rakan - rakan yang menyindir , " kalau tidak bersalah kenapa perlu takut ISA , " ,"menyusahkan rakyat " ucapan mereka persis Pengarang Utusan Malaysia atau pun blogger agendadaily .

Kita harus jujur dalam membuat penilaian.Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita ?

Benar, kita boleh menyalahkan mereka yang berhimpun jika ia dilakukan terlaku kerap.Setiap bulan misalnya. Tidak dinafikan, kesesakan jalanraya akan berlaku, perniagaan ada yang terpaksa ditutup dan sudah tentu keheningan hujung minggu juga terganggu.

Terlebih lucu Menteri Wilayah membuat rumusan ekonomi bahawa demontrasi pada 1 ogos yang lalu mengakibatkan kerugian sehingga 200 juta .

Wahh..hebatnya peniaga air, buah potong, jual karpet, sogo tutup tidak sampai 6 jam sudah rugi besar ?. Patutlah menteri tu tidak dipilih menjadi calon PRU 12 yang lalu .Beliau memang "genius" .

Besar sangatkah impak kepada aktiviti ekonomi negara jika 2 atau 3 hari daripada 365 hari digunakan oleh segelintir rakyat untuk berhimpun menyatakan sesuatu kepada kerajaan?

Mereka yang berhimpun bukanlah untuk suka-suka atau mahu menghuru-harakan negara. Janganlah disamakan rakyat Malaysia pada masa ini dengan rakyat Malaysia pada 40 tahun lalu dalam Tragedi 1969, ataupun rakyat Singapura/Malaysia yang terlibat dalam Rusuhan Natrah pada 1950.

Rakyat Malaysia pada masa ini sudah ramai berpendidikan tinggi dan cerdik-cerdik. Zaman telah banyak berubah,saya yakin tiada siapa yang tidak sayangkan nyawa. Memang bodoh bagi sesiapa yang berhimpun untuk kehilangan nyawa. Mereka sudah tentu berhimpun kerana bersebab. Jika tidak, lebih baik bersantai di rumah bersama keluarga.

Apa salahnya dibiarkan peserta berhimpun dan menuju ke Istana Negara? Saya tidak nampak sebarang senjata yang mereka bawa dan aliran trafik pun tidak tersekat walaupun sedikit terganggu. Namun tindakan polis(FRU) langsung tidak berperikemanusian. Mereka langsung seperti alat kerajaan yang tidak mampu berfikir. Merekalah punca kekasaran fizikal dan gangguan trafik yang parah.

Kenapa tidak dibiarkan sahaja mereka menghantar memorandum tersebut. Kenapa di halang ? jika tanpa dihalang tetapi cukup sekadar mengawasi Pihak berkuasa akan lebih dihormati .

Hanya kerana menjaga kepentingan UMNO - BN pihak yang sepatutnya melindungi rakyat
bertukar ganas.

Kerajaan Barisan Nasional/Perikatan semenjak 1960 tanpa pernah rasa bersalah telah menggunakan ISA untuk menahan ahli-ahli politik khususnya pembangkang, aktivis masyarakat dan juga orang awam yang tidak berkaitan.

Banyak cadangan yang lebih waras untuk diambil dalam membantah ISA. Namun, akan pedulikah kerajaan?

Kerajaan khabarnya akan mengkaji semula ISA. Ia satu permulaan yang baik jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu berubah.

Membantah ISA bukan bermaksud kita tidak mahu akta pencegahan yang mampu menjaga keselamatan dalaman negara kita. Namun, bantahan ini diharapkan agar mampu mendesak kerajaan supaya sekurang-kurangnya meminda peruntukan tertentu yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

Membantah ISA juga bukan bermaksud kita membenci apatah lagi mahu menyusahkan kerajaan. Sebaliknya kita mahu supaya suara insan yang menderita akibat ISA didengari dengan lebih kuat oleh pemimpin kerajaan.

Kita tidak merasa menderita kerana kita tidak berada di tempat orang-orang yang sedang menderita itu.

Cubalah berfikir jika ada kalangan ahli keluarga anda yang ditahan tanpa dibicara . Apakah anda akan berkata itu tindakan yang wajar ?

Untuk rekod seorang penduduk Telok Bakong pernah ditahan dibawah ISA .Tanpa diberi hak membela diri.Khabarnya beliau ditahan hanya kerana untuk melindungi kepentingan orang politik.

Kini beliau telah pun menemui Khalik sejurus beberapa tahun disisihkan dari keluarganya.Hanya sempat beberapa tahun kembali kepangkuan keluarga .Berbanding bertahun tahun didalam kurungan kejam ISA .

Adilkah itu ?

AL fatihah....untuk Tuan Haji Masood..


www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin