Tuesday, March 10, 2009

Jom Gi Konsert Akademi Fantasia 7,Lupakan Yang Lain

Inilah rancangan paling aku getik sekali dari Astro.Setiap tahun diadakan dari makan minum,tempat tinggal,menangis,meraung tersingkir dan terakhir mendapat seorang bergelar Juara semua di sensasikan.Nak muntah mongek rasanye..

Sesudah tu tunggulah Sang Juara nak bikin album bulan demi bulan akhirnya ada yang meroyan.Siapa yang untung sebenarnya.Faham2 sendirilah…Pada aku banyak lagi kerja berfaedah bebudak yang gila sangat nak masuk AF ni boleh buat.Jadi bloggers pun bagus,memberi maklumat yang berguna kepada masyarakat.

Ini tentu remaja sekarang ni marah kat aku ni.Hiburan yang di gula-gulakan oleh rancangan realiti indah khabar dari rupa.Tengok dari musim pertama hingga ke 6 siapa yang benar2 berjaya,MAWI?Pada aku Mawi terlalu di promosi hingga overated.Jauh sedap lagi Jamal Abdillah.

Aku bukan anti dunia hiburan,tapi tang rancangan ini aku memang nampak sangat syarikat SMS yang mengaut untung dalam mengeksploitasi bebudak yang kemaruk glamer.Dalam dunia gawat ni ada ker kompeni nak bikin album hangpa nanti.Yang gatai sgt ngabiskan boreh sms tu apa yang dapat.Baik dermakan kat ceramah PR lagi bagus.

Saja aku tukor angin , asyik politik jerkan.Oleh itu aku bagi tips rancangan yang best untuk ditonton.

1. TVTB Telok Bakong Online(free tiada yuran langganan,takda tenet cari kedai mamak ada WIFI,bukan Mamak Zamrey tau!!)
2. Hujah TV9 Walaupun adakalanya panelnya dari Umno bagus untuk kita menghentam mereka,kerana dalam rancangan sebegini kita selalu mendapat bola tanggung tunggu smash sahaja.Tapi kalau Zamrey aku tak lalu nengoknye,rimas asyik ngerongen jer koje nye.
3. Astro Awani-Sudut Pandang(Baik nengok ini dari AF)
4. Citer P R.(Bukan Pakatan Rakyat ,P Ramlee daa)
5. Berita NTV7 – ade ler ronden skit..tgk pukul 7 punya.



Blog yang aku suka layan (masuk sikit bab politik susah nak lari dari bab politik ni)

1. Al Banjari – Rajin Update bahasa senang faham kecuali bahasa banjornye..yang aku faham perkataan waras jer hehehe
2. Perakxpress.com – Kome nak berita panas ngelegak selak sini.Kalah SB maklumat dia,pasal tu SB asyik ngekor jer mungkin nak ajak jadi Chief SB kot hehe
3. Sheik Teluk Intan – Sinis dan menghiburkan,aje geliga tuanpunya blognye.Kalau kome frust putus cinta ker ada rasa nak bunuh diri ker masuk jer,insyallah selamat nyawa….cool bacenye..
4. Prof Dr Hamirdin – Genius orgnya…bukan DR ZAMREY…HAMPEHH!!

Ahli Politik Pojaanku:
Kome tahu Anwar dan Nizar jer ,tu udah abih sedap benor ler tu kat kome.(aku memang berkenan sungguh dengan deme berdua ni).

Selain deme aku ter’suka’ dengan Presiden Teras Tn Hj Mohd Azmi – Pertama kali dengo bebelan dia kat DewanSerbaguna SUK tu hari.Penuh isi,ringkas dan padat.Salah sorang Exco Kerajaan Perak yang bagus pemikirannya ialah Tuan Hj Zainuddin.

No comments:

Linkwithin