Friday, March 6, 2009

Pegawai kerajaan dipaksa ramaikan majlis MB kudeta

PARIT BUNTAR : "Kami dipaksa untuk meramaikan majlis yang dihadiri oleh MB kudeta beberapa hari lepas " Demikian antara pengakuan seorang pegawai kerajaan yang mahu namanya dirahsiakan. Itulah keadaan sebenar yang berlaku kepada pegawai kerajaan yang berada disekitar Daerah Kerian pada 4 Mac lepas akibat dari tindakan untuk meramaikan majlis pertemuan dengan MB Kudeta yang diadakan di Dewan Merdeka selepas mereka mengadakan mesyuarat Exco di sini.

Seorang pegawai yang lain meluahkan rasa terkejut dengan kawalan ketat yang diberikan kepada Zambry pada hari itu, menurutnya dia sempat melihat MB Kudeta di kawal oleh pasukan keselamatan dengan begitu ketat dibanding MB DS. Nizar selama 10 bulan lebih menjadi MB tidak ada pun kawalan begitu diberikan kepadanya.

Selain itu sebuah ambulan diarahkan diletak dalam keadaan berjaga-jaga sedangkan ambulan yang diperlukan untuk menjalankan tugas harian tidak mencukupi. Ada yang bertanya apakah peranan ambulan tersebut. Atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada yang tercedera akibat kena balingan kasut.

Komen
Assalamualaikum YB,

Utk maklumat semua, pagi tadi ada Executive Talk yg disampaikan oleh MB KUDETA. Saya pun adalah di antara kakitangan awam yg dijemput hadir dalam majlis itu...tetapi lega rasanya apabila pada masa yg sama saya terpaksa menghadiri satu mesyuarat dgn salah seorang Pengarah sebuah agensi kerajaan. So..saya tk hadir laa ke Dewan Banquet utk dengar "celoteh" MB KUDETA tu.

Tapi walau macam mana pun saya masih mendapat sedikit info tentang apa yg berlaku di Dewan Banquet tadi. Antaranya ialah...Dato' Setiausaha Kerajaan Dr. Abdul Rahman Hashim kelihatan begitu ceria sekali berbanding semasa 11 bulan sebelum ni. Rata2 ramai kakitangan awam yg rasa meluat dgn tingkah laku Dato' SS tu.

Selain dari itu juga kelihatan ramai kakitangan awam yg meninggalkan dewan sejak awal2 lagi...mungkin pada peringkat awal program Executive Talk tersebut mereka sekadar "tunjuk muka" sahaja tetapi jauh di sudut hati mungkin rasa macam terpaksa sahaja. Oleh kerana ramai yg meninggalkan dewan maka tak banyak info lain yg didapati semasa berlangsungnya program itu tadi.

Nah jelas perbezaan semasa DS Nizar dan Pakatan Rakyat memerintah di mana Dewan Banquet tidak dapat menampung kehadiran kakitangan awam dalam apa jua majlis.

Dengar khabar sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Perak yg dijadualkan berlangsung di Dewan Banquet SUK pada hari Isnin 9 Mac ini nanti, ramai kakitangan awam yg nak boikot...kita tunggu dan lihat.

Dari Cina Islam

3 comments:

yeop said...

Weh.. kempenla sikit kite pulo kan majlis ngan MB kudete tu. teman nengokjuga dalam berita TV3 suku tadi.Ape nak henghan weh lepah angkat sumpah dulu, dia pi panggil semue G.besor ngan pengetue sekolah dengo kelentong die. lepah ni tah sapelagi di pangge nye.Itu le cite kat peghak. Sotan pulok sengap je. Tido ke ape. Bangunle Tongku tengok rakyat ni sikit. Bubo je DUN tu. Tongku boleh nyambong tido balik.-Yeop kg gajah

Anonymous said...

Bukan majlis mb kudeta saja pegawei kerajaan kene hadir tapi yang bukan mb pun kene pakse jugak. Bebaghru ni, sahabat teman di B Datok pun tak abeh-abeh menghrungut2 kerane kene paksa hadir majlis penerangan isu semase, pulak tu di Bangunan Umeno. Surat ketenye dapat daripade ketue jabatannye tak (nakle yob nak kabo). Dahle kene pakse datang, peh tu kene nyanyi lagu Umeno dan lagu bebudak kecik main api (warisan) yang deme sendiri tak penghenah nyanyi. Lagi satu kene pakse pulak berikrar taat setie. Make temanggu-manggu le sahabat teman tu. Pangge ni nak cerite isu semase ke nak pakse orghang masuk Umeno. Sahabat teman jadi semakin pening.
YB yang datang tu kate nak cite pasei isu semase, tapi kate sahabat teman teman YB yang sename katenye itu yang ganti YB B.Datok, macam buat pesembahan Raja Lawak pulak, cite pase die bukak dan tanam serte jue jagung. Kalo le bang zaibo dan kak pozih nawi dengo mesti kene kutuk bergantang.
"Inilah satu lagi projek salah gune kuasa Umeno"
Nasible kate teman kepade sahabat teman tu. Dah jadi lumrah, kalo orang lain salah gune kuasa heboh satu dunie, kalo deme buat semuenya betoi belake.

AnakWarisan said...

Biasa ler tu yop cara dema memang macam tu,kalau boleh satu malaysia ni dema nak kerah bior gah bila tengok TV kononnya ramai yang datang.koje teman dulu dreba beh teman dah kutai tengok temberang dema.dema selalu catar beh tu pase teman tau kelaku dema macam tu.

Linkwithin