Tuesday, March 3, 2009
Gambar Terkini Di SUK Ipoh :Bersidang Bawah Pokok
11.20am Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan.
"Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai.
Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
11.00am YAB MB mengatakan dalan sidang media dimana beliau mengecam tindakan polis yang menghalang ADUN PR daripada memasuki Bangunan SUK dan mengecam tindakan kasar ke atas beberapa orang ADUN.
10.46am: Nizar at the press conference: "We held sitting under a tree based on the doctrine of necessity because we were prevented from entering the assembly but we had to fulfil our duties based on the notice issued by the speaker".
10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.
10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..
tuan ghumah..
me nak mintak izin utk guna gambo persidangan bawah pokok tu untuk ditempek kat my blog ya..
i'll link back to your blog ya..
tq in advanced
:)
Post a Comment