Tuesday, March 10, 2009
INIKAH BARISAN BAKAL PEMBELA MELAYU ?
Pedih mata apabila melihat para pejuang bahasa ditembak dengan gas asap. Sudah tentu pedih mata kita tidak sama dengan mata mereka yang hadir pada hari tersebut. Mereka hadir sebagai wakil kepada seluruh rakyat demi pertahankan hak yang sepatutnya dibela.
Kehadiran mereka dicurigai kemuncaknya mereka bermandi asap . Sedikit tidak mendapat pembelaan tokoh melayu dari parti UMNO. Malah keji dan nista dihambur tanpa sedikit rasa bersalah .
Sikap sebenar pemimpin umno begitu sukar fahami oleh sebahagian besar ahli mereka .Apabila para pemimpin mereka berkokok bahawa mereka adalah pejuang bangsa terus ditelan bulat - bulat . Realitinya Umnolah penghakis hak dan maruah bangsa secara terhormat.
Perhimpunan anti PPSMI pada 7 mac 2009 akan terpahat didalam lipatan sejarah dimana perjuangan memartabatkan bahasa melayu ditentang oleh parti terbesar orang melayu sendiri .
Dengan mudah menteri pelajaran menuduh tokoh ilmuan bahasa sebagai boneka parti pembangkang. Jika tokoh bahasa sudah tidak dinilai sebagai pakar bahasa , apakah Hisham yang entah apa kelulusan lebih pintar daripada mereka ?
Orang melayu sering ditipu mentah - mentah oleh anak benih penjajah ini. Kita mahu bertanya apakah cukup mengucup keris tanda sayang melayu ? . Apakah sudah dikira pejuang melayu hanya kerana memakai baju melayu ? ( shah rukh khan pun boleh ).
Apakah memadai dengan hanya menjerit hingga keluar anak tekak dengan laungan hidup melayu ! melayu mana ? .
Kini retorik membela ketuanan melayu bergema lagi. Tetapi didalam versi mempertahankan kedaulatan Intitusi kesultanan Melayu .
Umno sebenarnya hanya mahu mempertahankan kuasa pemerintahan mereka .Melayu mereka hanyalah melayu umno . ' Daulat ' mereka hanyalah kuasa untuk mengabui mata rakyat yang tidak berfikir panjang .
Media massa dijadikan alat propaganda bahawa umno adalah pejuang , pintar daripada orang lain , kini bakal presiden mereka penganut akidah melayu glokal akan menerajui kemudi .
Dengan diselubungi pelbagai kontroversi misteri bersama isteri segalanya belum pasti .
Apakah nasib melayu di era kerajaan BN selepas ini ? .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment