Oleh: Sang Kelulut
Tarikh: 4.08.2008 ( 12 hari menjelang 916 )
DR Mahathir berkata " BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN" ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).
Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas " Titanic BN " akan karam.
Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai "Titanic " , PR pula adalah " Iceberg" yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.
16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi - mimpi apakah benar akan berlaku "tsunami politik " dikatakan BN akan " tersembam menyembah bumi ".
Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara - suara dari komponen mereka agak perlahan seolah - olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .
Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.
Apakah kerajaan tiba - tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.
Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.
Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka - reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.
Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa - gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.
Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.
Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .
Anwar , ayuh buktikan janji - janji mu !!!
katakanlah: " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
( Al quran surah al - imran 26 )
Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com
No comments:
Post a Comment