Monday, September 8, 2008
Giliran pemimpin Pas ' pukau' pengundi Melayu
Oleh : Sang Kelulut
Tarikh : 8.09.2008
Dalam temubual antara Mohamad Sabu dan Malaysiakini pada 6 sept lepas, menarik perhatian penulis. Menurut Mat Sabu " Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan dikalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 mac lalu " kata Naib Presiden Pas itu.
Memang benar pandangan Mat Sabu Kehadiran DSAI telah berjaya mengubah pemikiran kalangan bukan Melayu malah kejayaan sebenarnya adalah menyatukan DAP dan PAS.
Dato Seri Anwar begitu yakin menjanjikan perubahan jika Pakatan Rakyat mendapat kuasa kelak.
Persoalanya sekarang, kenapa sebahagian besar orang Melayu gagal masih gagal mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DSAI ?. Apakah sekutu Pakatan yakni PAS gagal memainkan peranan sebagai ejen untuk menyakinkan orang Melayu terbanyak sebagai contoh di Perak, Trengganu, Melaka dan Johor.
Negeri Perak bergantung penuh kepada kerusi DAP dan PKR.
Kebanyakan kawasan Melayu , UMNO masih menebal dijiwa mereka.Dan kelihatan begitu sukar untuk ditembusi.Parlimen Parit misalnya sebelum ini pernah dimenangi Pas tetapi kali ini tewas ditangan UMNO.
Penulis melihat faktor Anwar memang memainkan peranan sangat besar.Ketika PRU 10 sokongan Melayu dilihat sangat luar biasa .Sehinggakan Trengganu jatuh ketangan PAS.Ketika itu undian dari kalangan bukan Melayu pula tidak banyak membantu.Tetapi orang Melayu ketika itu memberi sokongan yang luar biasa .
Dalam PRU 12 ,ketika apabila Anwar kembali kearena politik gelombang perubahan semakin memuncak hingga BN terlepas 5 buah Negeri kepada Pakatan Rakyat.
Secara mudahnya PRU 10 sokongan Melayu terhadap BA ketika itu sangat baik. Sebaliknya PRU 12 undian bukan Melayu pula menjadi faktor penentu.
Penulis yakin jika PAS memainkan peranan lebih efektif pasti orang Melayu akan menukar ikon mereka daripada Umno kepada Pas.Islam agama yang universal jika kena dengan kaedah pasti akan diterima.Jika bukan Islam sudah berani memilih Pas , apakah sukar untuk Melayu yang beragama Islam untuk menerima kepimpinan Pas.
Polemik usang dalam parti perlu dibuang jangan diungkit golongan agama atau profesional masing - masing ada peranan. Segala yang tidak bercanggah dengan agama itulah Islamik.Sepatutnya PAS tidak sukar dalam membuat keputusan.Agama kebiasaanya penuh didada pimpinan, jauh dari rasuah dan sebagainya .Inilah sebenarnya modal terbesar Pas iaitu kejujuran.
Tokoh - tokoh didalam parti perlu diketengahkan nama - nama besar seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz,Tuan Guru Abdul Hadi , Dato Dr Haron Din, Ustaz Nasarudin, Dato Husam, Dato Seri Ir Mohd Nizar , Dato Seri Azizan Razak dan lain - lain sangat perlu dipublisitikan.Agar rakyat dapat melihat dan mengambil contoh dari mereka.
Maka tidak perlulah kita bergantung kepada kepopularan pemimpin dari sekutu yang lain.
Jika dilihat kepada kemampuan DSAI beliau mampu berhujah dengan fakta sebagaimana ditunjukan dalam debat perdana tempohari.
Pas perlu ada kualiti setanding atau lebih baik dalam keperluan politik masa kini.Tetapi didalam bidang keagamaan Pas memang tidak dinafikan.Bidang ekonomi juga harus dapat dikupas dengan baik oleh pimpinan PAS.
Pas perlu dilihat ' independent ' supaya tidak dilihat popular bila ada isu besar melanda atau hanya ' menangguk di air yang keruh '.
Pas tidak hanya dilihat sebagai mahu memerintah tetapi yang lebih penting adalah mampu untuk memerintah dengan baik.
Bukan setakat ada, tetapi biar rakyat dapat merasa keberadaan Parti Pas ditengah tengah masyarakat majmuk seperti Malaysia ini .
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment