Wednesday, September 10, 2008

HANTU YANG TAKUT


by msinc

Jangan merasa bongkak dan takbur sangat tentang ura-ura 16 Sept tidak menjadi kenyataan.Labun Umno begitu ujub dan riaknya membuat pengumuman bahawa perkara tersebut tidak akan terjadi.Perkara seperti ini terjadi lagi selepas Umno membuat kenyataan besar-besaran menghebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DSAI Ibrahim tidak akan menang di Permatang Pauh.Dalam hal ini cuma penyokong BN yang menghadiri majlis Pernamaan Calon di Maktab Tengku Bainun sahaja yang mengetahui bertapa azab dan sengsaranya menjadi penyokong kepada calon BN.Tetapi hebahan propaganda ini terus dicanangkan di media utama tempatan.Akibatnya para penyokong dan pemimpin BN bermati-matian mempercayai bulat bulat kata kata pemimpin-pemimpin besar mereka.

Sememangnya manusia jarang belajar dari sejarah.Pembohongan yang begitu besar pun tidak dapat dikesani oleh pendokong Umno yang selalu mengakui diri seorang yang bija pandai itu..Masih ingatkah kita apabila Pak Lah membuat pengumuman tentang Pilihanraya Umum 12 dulu? dia kata lambat lagi PRU,secara tiba tiba,keesokan harinya istihar bubar parlimen.Semasa kempen pilihanraya, Najib umum tiada naik minyak tahun ini,lepas dapat mandat dari rakyat,harga minyak dinaikkan dengan begitu drastik sekali.Pak Lah kata tidak akan letak jawatan,tetapi kemudiannya mengumumkan Peralihan Kuasa kepada Najib pada tahun 2010.Masih bolehkah kita percaya kepada pemimpin macam ini,melakukan pembohongan secara terang-terangan kepada semua rakyat Malaysia.Timbul persoalan,siapakah yang sebenarnya mengkhianati suara rakyat.

Tetapi kepada penyokong Pakatan Rakyat sedikit pun tidak mempercayai omongan pemimpin Barisan Nasional.Walaupun bukan semua para penyokong Pakatan Rayat terdiri dari kalangan professional dan berpendidikan tinggi tapi mereka-mereka ini gigih mencari maklumat dan ilmu pengetahuan dari perbagai sumber untuk menambah ilmu dan kefahaman tentang politik negara.Internet,ucapan pemimpin dan akhbar alternatif menjadi pilihan utama. Ini menyebabkan pengetahuan bertambah dari hari ke hari dan menjadikan para penyokong Pakatan adalah terdiri dari golongan bermaklumat.Di tambahi lagi pengetahuan yang tinggi dalam agama Islam oleh ahli-ahli Pas menjadikan hati dan minda mereka lebih mudah untuk menerima kebenaran.Berbanding ahli-ahli Umno yang kelihatannya kurang aggresif untuk mengambil tahu hal ehwal politik semasa atau cuba bergantung kepada media TV dan suratkhabar yang lebih menjurus kepada kehendak Umno sahaja.Di peringkat cawangan,masih ramai lagi ketua-ketua cawangan Umno yang terdiri dari mereka yang mempunyai pendidikan setakat sekolah rendah sahaja.Lebih menyedihkan lagi,terdapat ahli ahli yang buta huruf dilantik menjadi Bendahari serta beberapa jawatan penting,padahal ramai lagi ahli yang berkemampuan.Ini menerangkan bahawa didalam kepimpinan Umno tidak mahukan pengikut yang bijak,mereka lebih rela melantik ahli yang mengikut sahaja kemahuan mereka.Takut lambat laun mereka akan tercantas.

Politik wang merupaan permasalahan yang timbul dari ketakutan yang amat sangat oleh pemimpin Umno.Takut hilang jawatan,hilang kedudukan,takut dicabar oleh pemimpin lain yang lebih berwibawa dan oleh sebab sebab yang lain.Umno telah melakuan penjenamaan baru yang paling menjijikan diabad ini dengan menamaan semula rasuah sebagai politik wang.Pada mereka
penjenamaan baru ini membuatkan ianya kelihatan lebih bermaruah serta lebih halal jika dibandingkan dengan rasuah.Oleh itu dimana-mana kes politik wang yang berlaku di dalam Umno,pemimpinnya tidak dihadapan ke mahkamah sebagai kes rasuah biasa tetapi hanya dikenakan tindakan disiplin sahaja seperti gantung keahlian dan sebagainya.

Mengenai politik wang ni..(tak leh sebut rasuah..marah org umenor..)Dahulunya berleluasa di peringkat pusat kemudian telah merebak ke peringkat bahagian kini,diperingkat cawangan pula budaya tersebut mula menular.Dewasa ini untuk permilihan ketua jkkkp atau ketua cawangan Umno, politik wang dijadian senjata utama untuk memancing undi.Bayangkan dikampung kampung telah wujud lobi melobi,fitnah memfitnah dengan menyebarkan khabar khabar angin,majlis makan ditempat yang tertentu dan sudah tentu,politik wang juga terlibat oleh bukan saja calon calon yang terlibat malahan ianya dinaungi dan ditaja oleh calon-calon yang mahu bertanding di peringkat Bahagian.Wang politik yang terlibat bermula dari hadiah kain batik atau pelekat yang dibeli dari Terengganu semasa rombongan anjuran Umno sehinggalah helaian wang yang mencecah ratusan ringgit Malaysia.

Apabila difikir secara mendalam, baru peringkat cawangan sudah pandai 'politic money',terasa suatu kesedihan yang amat memilukan apabila mengenangkan ianya semakin menjadi budaya politik kampung. Merasuah orang, alangkah runtuhnya moral pelaku-pelaku berkenaan.Ingat, ianya mungkin melibatkan ayah dan ibu anda,saudara mara,adik beradik dan sahabat handai anda.Paling memilukan perbuatan ini dianggap sah,halal dan beretika didalam paradigma Umno.Malu sebagai parti yang memerintah,dan ketua nya adalah ulamak besar Islam hadhari,mengamalkan politik money dalam hal hal pemilihan.Justeru ini melahirkan pemimpin yang tidak beretika dengan cara lantikan tidak bermoral.Sanggup kah kita meninggalkan anak dan cucu kita ke tangan tukang tukang karut ini?.Selamat kah mereka?

Kepada pendokong atau penyokong Umno,fikiranlah nasib generasi kemudian.Jalankanlah tugas mu sebagai seorang Khalifah Allah di muka bumi ini.Jauhilah perbuatan perbuatan yang melanggari perintah Agama.Bersihkan diri anda dari segala kemungkaran dan mudah-mudahan kebenaran akan menyinari kalbu dan sanubari.Carilah kebenaran dengan apa cara pun.Adalah disyorkan,sekiranya anda didalam keadaan ragu-ragu atau was was terhadap sesuatu pekara atau permasalahan,supaya mendirikan sembahyang Istikarah.Mudah mudahan anda akan diberi petunjuk oleh Allah.Sekiranya kebenaran sudah nyata, tetapi anda masih bersengkokol kerana takut kepada kehilangan sesuatu mungkin pengaruh,kuasa,wang,bantuan dan sebagainya,martabat anda sebagai sebagai seorang insan yang memegang jawatan Khalifah dengan sendirinya telah gugur.Maka jadilah anda suatu mahluk yang lain yang rendah darjat martabatnya.Janganlah anda menjadi seperti mahluk...HANTU YANG TAKUT.


msinc- bertekad tinggalkan umenor,apabila politik wang berlaku didepan mata...dulu teman tak percaye..pade teman umenor ni benor belake...tapi Tuhan maha kaya...tunjukkan teman jalan yang sejahtera.

No comments:

Linkwithin