Tuesday, September 9, 2008

Politik perkauman ' permainan' Si Desperado ( BN )



Oleh : Sang Kelulut

09.09.2008


Dari kemelut dalaman parti UMNO, kini beralih berantakan didalam komponen BN.Apakah motif suasana ini di cipta ?.Mungkinkah perhatian rakyat mahu dialihkan ? .

Penulis melihat segala kemungkinan ada kebarangkaliannya.Ketika artikel ini ditulis ,Parti Gerakan telah pun memutuskan hubungan terhadap Umno Pulau Pinang.Ini berikutan kelancangan mulut Ketua Bahagian Umno Dato Ahmad Ismail .Beliau dengan angkuh meminta agar Gerakan digugurkan dari BN.Sambil mendakwa parti serpihan DAP itu memporak perandakan keluarga BN dakwanya.


Sebelum ini Dato Ahmad Ismail dilaporkan telah membuat kenyataan berbaur perkauman yang menyinggung perasaan kaum cina .Tetapi beliau menafikan dan enggan memohon maaf .

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pemangku Gerakan juga dilaporkan terkejut apabila penyokong Dato Ahmad mengoyak dan memijak gambar bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
Ini menimbulkan lagi kemarahan penyokong parti Gerakan.


Lebih panas lagi Dato Ahmad memberi memberi amaran kepada masyarakat cina supaya tidak mencontohi Yahudi yang mahu menguasai politik dan ekonomi.


Dr Koh juga menegaskan ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.Terkini , Wanita Gerakan menggesa Dato Ahmad dipecat dari Umno dan disumbat kedalam tahanan ISA .


Para pembaca boleh menilai apakah ini suatu sandiwara atau kisah benar ? Apakah Gerakan mahu dijadikan " bahan bukti " tentang betapa kuat nya UMNO mempertahankan ketuananya ?


Apakah 'demam panas ' BN sejak tewas mengejut dalam PRU 12 tempohari masih belum kebah kelihatan masih meracau - racau tidak keruan ?.

Di blog Dr Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor berkata iklim politik kini hampir sama dengan situasi politik 1969.Ekoran kelemahan pemimpin menguruskan hubungan antara kaum.

Dalam perenggan 16 beliau menulis " saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu peristiwa rakyat berada dijalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan".
http://www.drkhir.com/ .


Penulis merasakan ada sesuatu perancangan halus sedang berjalan .Hasutan pemikiran, secara tidak langsung melalui pelbagai peristiwa kini menimbulkan pelbagai syak wasangka.

Lebih 50 tahun BN memerintah Malaysia dengan slogan hanya BN mampu mentadbir negara.Tapi kini apabila parti pemerintah semakin terhakis daripada pilihan rakyat mereka seperti terdesak untuk memgembalikan keyakinan rakyat dalam jangka waktu yang singkat .


UMNO khususnya, tidak mahu mengakui kelemahan dalam masa yang sama berebut jawatan yang entah bila sudahnya.Dari peringkat pusat hingga ke cawangan bertelingkah.Rasuah sana sini tidak diberi perhatian secara menyeluruh.

Untuk menutup 'bangkai' kesalahan mereka Pakatan Rakyat dipersalah , rakyat heret kedalam permasalahan Parti yang hampir reput dan membusuk itu.

Tapi kini rakyat sudah matang sukar untuk termakan momokan murahan yang bermodalkan " racist' / perkauman yang melampau.


Sepatutnya Umno - BN tumpukan kepada mengembalikan keyakinan terhadap parti dan pentadbiran negara .Bukan berusaha melaga - lagakan antara kaum demi mengekalkan kuasa yang hanya sementara ini .

Politik perkauman melampau adalah "permainan" desperado / orang terdesak.

No comments:

Linkwithin