ULASAN Selepas
Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor,
kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.
Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.
Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor
atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.
Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.
Di
satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat
benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal
di luar jangka di saat-saat akhir.
Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.
Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut
dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke
Perak untuk mengaut undi Melayu.
Bukan sahaja untuk projek
menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu
betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.
Jika sahih
beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam
konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat
mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.
Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di
Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak
4 April 2013 (Khamis)
1) 8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik
3) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. Dr Mohumad Nur Manuty
iii. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
iv. YB Sivakumar
v. Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid
vi. Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab
vii. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
viii. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
ix. YB Dr Lee Boon Chye
x. Ustaz Termizi Abd Hamid
xi. Haji Sufian Mohd Nordin
Jui Meng masih komited pada PKR, kata sumber
 |
11:57AM Apr 4 2013 |
|
Pengerusi
PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng masih komited pada perjuangan PKR
walaupun pemimpin tertinggi parti masih belum menentukan kerusi yang
akan ditandinginya.
Sumber dalaman PKR melihat demikian, walau
keputusan muktamad bagi kerusi Chua mungkin hanya akan diputuskan esok
selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut
sumber itu lagi, Chua dijangka akan mengadakan sidang media hari ini di
ibu pejabat PKR, apabila parti memutuskan kerusi yang akan ditandinginya
itu.
“Chua Jui Meng komited pada perjuangan PKR walaupun kerusi belum diputuskan lagi,” kata sumber berkenaan yang enggan dinamakan.
Difahamkan,
Chua mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim dua hari lalu selepas gagal mendapatkan kerusi Parlimen Gelang
Patah, yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.
Timbalan
presiden parti Azmin Ali dalam satu sidang media semalam dilaporkan
berkata, isu berhubung Chua dijangka telah selesai selepas perjumpaan
bekas naib presiden MCA itu dengan Anwar.
Azmin juga berkata, Chua akan mendapat satu kerusi yang sesuai dengannya di Johor.
Kenyataannya
itu menguatkan lagi dakwaan yang timbul bahawa Chua kini dikatakan cuba
mengintai kerusi Parlimen Bakri, Kulai dan Segamat.
Bagaimanapun
ada juga cakap-cakap yang menyebut bahawa Chua dijangka akan bertanding
di Segamat yang sebelum ini ditandingi oleh calon DAP yang kalah kepada
MIC dengan majoriti 2,991 undi.
|
Harakahdaily,
|
04 Apr 2013
|
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
(gambar)
dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan
kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
"Bagi
pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh
pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet
Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya
benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan
Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i)
Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab
wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day
to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya
kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana
Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak
menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan
kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v)
Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya
yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada
kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian
apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk
wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii)
Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua
program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui
kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat
sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix)
Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat,
khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi
mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara
serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di
atas dilanggar," kata Mahfuz.