Wednesday, January 2, 2013

'Kami mahu keluar Felcra'


NORMAWATI ADNAN & SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
27 Disember 2012
Md Yusof (duduk, dua kiri) bersama barisan peserta Felcra dan pimpinan Pas dalam satu sidang media. Turut kelihatan Ishak (duduk, kanan).

IPOH -  Seramai 37 peserta Felcra Nasaruddin Belia, Seri Iskandar menyatakan hasrat keluar daripada pihak pengurusan setelah Felcra dikatakan gagal memberi penjelasan terperinci berhubung pembangunan tanah di kawasan itu.

Pengerusinya, Md Yusof Mat berkata, keputusan untuk mengusahakan sendiri tanah itu dibuat setelah mendapati berlakunya penyelewengan pemberian hak milik tanah dan kos pembangunan tanah oleh Felcra terhadap mereka.

Menurutnya, isu berkenaan timbul apabila peserta mendapati, pembahagian kaedah 55:45 peratus yang diberikan kepada mereka tidak mengikut konsep perjanjian yang termaktub.

“Berdasarkan perjanjian, 55 peratus daripada hasil yang diterima adalah milik peserta dan 45 peratus untuk pengurusan institusi tanah berkenaan.

“Kami agak terkejut apabila setiap potongan termasuk kos operasi dan caj pengurusan dibuat melalui hasil peserta, bukan termasuk dalam 45 peratus milik pengurusan Felcra.

“Keadaan yang berlaku ini agak mengelirukan kerana kaedah pembahagian hasil seumpama itu tidak dinyatakan dalam surat perjanjian,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Kemajuan Wilayah Badan Perhubungan Pas Perak, Razman Zakaria.

Konstituensi DUN Bota - Pembangunan Rohani adalah asas kepada Pembangunan Jasmani

  Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim (Ketua Penerangan PKR Perak).

1. Diri kita sebagai manusia terbahagi kepada Rohani dan Jasmani atau di dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai Roh dan Jasad. Demikianlah kejadian manusia sebagaimana disebutkan di dalam Al Qur'an.

2. Demikianlah juga jika kita bicarakan tentang bentuk pembangunan sesebuah masyarakat di dalam sesuatu kawasan atau konstituensi. 

3. Konstituensi DUN Bota ditandai sebagai N39 dibahagikan kepada 16 Daerah Mengundi. Kini anggaran pengundi di DUN Bota mencecah kepada angka lebih kurang 18,000 orang pengundi. Meskipun demikian, data ini perlu diperhalusi kesahihannya. Barangkali ada data yang bila disemak di Laman Sesawang SPR kita tidak menjumpai sebarang rekod tentang pengundi tersebut. Ada juga nanti menunjukkan datanya di Konstituensi yang lain.

4. Adalah menjadi tugas kita semua untuk menyemak hal ini secara bersama kerana kita akan nantinya berhadapan dengan suatu proses demokrasi iaitu Pilihanraya Umum ke 13 bagi memilih seorang dari kalangan kita untuk dilantik sebagai ahli Perundangan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

5. Bagi seseorang yang akan memikul tugas sebagai seorang ahli Perundangan nanti hendaklah meneliti dua aspek penting di dalam pembangunan sesuatu konstituensi yang diwakilinya. Iaitu Pembangunan Rohani dan Pembangunan Jasmani.

6. Di dalam sistem pendidikan di Malaysia hari ini, arus perdana membahagikan tiga tahap pendidikan yang rata-ratanya akan dilalui oleh majoriti rakyat iaitu pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bagaimanapun masih ada banyak lagi institusi yang menjalankan Pendidikan Berterusan atau Continuing Education samada secara formal atau pun tidak.

7. Saya melihat Pembangunan Rohani adalah aspek yang amat penting diperhebatkan di konstituensi DUN Bota. Di DUN Bota, premis Ibadah amat mencukupi dari segi fizikalnya, namun pengisian kerohanian agak sangat kurang memberangsangkan. 

8. Soal Pembangunan Kerohanian hendaklah menjadi tugasan yang amat penting dan paling utama bagi seseorang Ahli Perundangan atau biasanya disebut sebagai "Wakil Rakyat" DUN Bota.

9. Sesiapa sahaja yang telah pun menyumbang kepada pengasasan, kewujudan, pembangunan dan penjagaan premis Ibadah kita iaitu Masjid hendaklah diberikan kredit yang baik. Namun janganlah sama sekali ada manusia yang menjadikan usahanya yang terdahulu sebagai suatu "ego-politik" atau political-ego bahawa mereka telah mengadakannya.

10. Ingatlah sekalian, Masjid adalah Baitullah atau Rumah Allah. Adalah menjadi tanggung jawab kita semua membangunkannya sehingalah kepada memakmurkannya.

11. Saya akan memilih untuk memakmurkan Masjid-masjid (dan juga Surau-surau) yang berada di kawasan DUN Bota. Pengisian kepada program-program Ilmu (keutamaan kepada Ilmu Wahyu) ke dalam Masjid dan Surau secara lebih pesat akan menjadi agenda yang akan kita laksanakan bersama.

12. Seterusnya, ikatan persaudaraan Sillatur Rahmi akan kita perkukuhkan di kalangan kita sehinggalah terlihat suatu ikatan Jemaah yang teguh di kalangan masyarakat di dalam DUN Bota. Ayuh kita tanam suatu wawasan untuk melihat Masjid dan Surau dimakmurkan dengan hebat dan seterusnya jumlah Jemaahnya bertambah dari hari ke hari.

13. Inilah wawasan politik (siyaasi) kita, tidak kira baju parti apa yang kita pakai. Masyarakat yang memiliki Iman yang teguh akan dapat membuat perubahan kepada Pembangunan Jasmani atau Pembangunan Fizikal bagi sesuatu kawasan geografi.

Hijrah Bota! Rakyat Bangkit, Bota Berubah.

Saturday, December 29, 2012

Hijrah Bota

Hijrah Bota

Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak
Salam Hijrah. 

Moga Rakyat Bota segera bangkit dan melakukan perubahan. Kebangkitan rakyat telah berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Rakyat menuntut perubahan demi kebaikan semua rakyat.Perubahan kepemimpinan   di dalam begitu banyak pemimpin perundangan yang juga pemimpin eksekutif di dalam kerajaan berdaulat di Timur Tengah memberikan suatu petanda bahawa kepemimpinan dunia juga menuntut perubahan yang sama.

Bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat adalah penentu halatuju kepemimpinan bagi negara tersebut. Malaysia juga mengamalkan sistem demokrasi. Cuma demokrasi di Malaysia adalah berparlimen dengan acuan Sistem Raja berPerlembagaan.

Pemimpin perundangan di dalam Dewan Rakyat dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Begitu juga pemimpin perundangan di Dewan Undangan Negeri Perak.

Tempoh kepimpinan bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat adalah selama lima tahun. Selepas tamatnya tempoh tersebut, maka Dewan Undangan Negeri hendaklah dibubarkan dan satu pemilihan umum yang baru hendaklah dilaksanakan. Pada masa ini kuasa penentu halatuju kepimpinan sesebuah Kerajaan Negeri terletak sepenuhnya di tangan rakyat untuk menentukan siapakah wakil mereka yang sepatutnya dipilih sebagai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.  

Saya amat percaya dan yakin bahawa saudara-saudara saya dan kesemua rakan taulan yang juga adalah pengundi di Kawasan DUN N39 Bota mahukan perubahan. Kita menuntut perubahan kerana kita semua mahukan suatu bentuk kepemimpinan yang telus, adil, berhemah dan penuh kebijaksanaan. Kita semua menolak amalan rasuah dan penindasan yang berlaku di dalam kepemimpinan kerajaan masa kini kerana ianya dipandu oleh barisan ahli-ahli perundangan yang tidak peka kepada soal amanah, tanggungjawab ketelusan dan keadilan di dalam menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin perundangan. Justeru kalangan mereka yang juga ahli-ahli kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah sama menyetujui samada berleluasanya amalan rasuah, salah urustadbir dan ketirisan di dalam melaksanakan tugas eksekutif sebagai pemimpin yang menentukan polisi, dasar dan halatuju kepimpinan kerajaan negeri.

Ayuh Rakyat Bota sekalian. Marilah kita bangkit dan segera berhijrah. Dari pasung ketidakadilan oleh pemimpin yang zalim kita bebaskan minda dan jiwa rakyat yang terpasung itu kepada minda yang wibawa dan jiwa yang merdeka.

Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat Bota akan bangkit.Kerana jika rakyat bangkit, Bota akan berubah.

Hijrah Bota! Rakyat Bangkit, Bota Berubah.

PANAS...Calon Bebas akan Bertanding Di Dun Bota Dan Belanja..

                     Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.

                  Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.
                
Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.Mengapa?..

Friday, December 28, 2012

30 Orang Warga Muda Telok Bakong Sertai PKR..Siti Aishah Gembira..Umno Demam..


            Semalam telah berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor.


            Seramai 30 orang warga telok bakong telah mengambil keputusan untuk menyanggah kerajaan yang sedia ada dengan menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat.Hasil temubual dengan wakil ahli baru PKR ini,mereka menyatakan kesangupan dan kesediaan untuk melakukan kerja kerja kempen semperna PRU 13 ini,kerana mereka merasakan bahawa kerajaan UMNO/BN sudah diperuntukan masa yang panjang untuk mentadbir dengan baik,tetapi kerajaan ini telah gagal berbuat demikian.Sewajarnyalah kerajaan yang gagal ini ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan yang menunjjukan prestasi pemerintahan yang baik.


           Rumusan dan kesimpulan dari simulasi pilihanraya yang diadakan pada 25 hb Disember dahulu turut dihuraikan pada majlis ceramah ini.Secara keseluruhan,dari hasil cerapan data yang diperolehi menunjjukkan bahawa PR mempunyai harapan dan peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya ini.Jentera kempen juga turut mengedarkan risalah risalah kepada tetamu yang hadir didalam usaha untuk menyedarkan dan menyebarkan kepada rakyat tentang perlunya suatu usaha yang gigih untuk menumbangkan kerajaan Umno BN
Cikgu Hani pun dah join Pakatan Rakyat
Bakal Usahawan Berjaya
Zaharin..Jangan Ko cocok mate Pak Yeop tu..hi..hi..

Thursday, December 27, 2012

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT HADIS 12



Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. Memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorangitu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di
tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".

Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya
dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegangkekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

Wednesday, December 26, 2012

Simulasi Pilihanraya DUN BOTA Berlangsung Dengan Jayanya Walaupun Berlaku Sabotaj..

Bergambar Beramai Ramai

Pimpinan Utama

Sedang Mendengar Taklimat
Semalam Mock election DUN Bota telah berlangsung dengan jayanya di Kediaman Ustaz Zulkifly Ibrahim di Kg Tua Batu 16 Lambor.Simulas Pilihanraya ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Perak oleh Tuan Haji Ismail.Program telah dimulakan dengan majlis doa tahlil untuk para ibu bapa semua hadirin dan semua muslimin dan muslimat.Taklimat mengenai simulasi pilihanraya telah disampaikan oleh Tuan Haji Makmur selaku Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Bota.

Rumah Kampung Tradisional

Zaim anak Ustaz Zul juga turut membantu


Persiapan untuk mengadakan mock election ini telah dilakukan 2hari sebelum acara berlangsung.Persiapan seperti memasang bendera yang dilakukan ditepi jalanraya telah melalui jalan sukar kerana ada nya sabotaj dari pihak pihak tersentu.Bendera yang telah siap dipasang pada malam sebelumnya didapati telah ghaib pada keesokkan paginya.Rupa rupanya ianya telah diturunkan oleh pihak berkuasa.Menurut sumber bendera ini telah diturunkan pada pukul 4.00 pagi!.
Ustaz Zulkifly Ibrahim Memberi Taklimat
Ketua AMK Cabang Parit Yang Bergitu Stylo...
Mock election ini juga disertai oleh beberapa kumpulan pemerhati dari PKR Tapah,Kampar,Bagan Serai,Lumut dan lain lain kawasan.Tepat pada pukul 2.30 petang taklimat mengenai pilihanraya telah diberikan oleh Tuan Haji Ismail selaku Pengarah Piliharaya PKR Perak.Di dalam taklimatnya beliau telah mengariskan ciri ciri penting untuk satu satu strategi pilihanraya.Berdasarkan pengalamannya beliau juga telah membongkar beberapa strategi yang biasa digunakan oleh UMNO untuk meraih undi.
Rakyat Bangkit,...Bota Berubah...
Geng Kuchai,Bakong dan Lambor Kiri
Antara beberapa aktiviti didalam mock election ini ialah membuat peta lokasi tempat mengundi dan pengenalpastian pungundi.Disamping itu peserta dibekalkan beberapa data dan rekod untuk dipamerkan didalam bilik gerakan masing-masing.Aktivi terakhir ialah melakukan ziarah kerumah pengundi pengundi di kawasan Kg Tua Batu 16.Setelah selesai aktiviti tersebut ,para peserta akan memberi taklimat hasil dari pengalaman mereka.Sesungguhnya simulasi pilihan raya ini dapat membantu jentera parti menghadapi pilihanraya yang sebenar.

Bota dan Kg Selat


Sebagai pengulungan dari simulasi pilihan raya ini akan  diadakan suatu Ceramah Perdana di Kg Telok Bakong pada 9.00 malam 27 hb Disember 2012(Khamis).Dijemput semua penyokong dan jentera parti untuk turut hadir.
Wakil keme...Telok Bakong

Ustaz Zul Sedang Membaca Doa Selamat

Beratur Untuk Makan Tengahari...Sabor kome...


Ceramah Serikandi Keadilan Malaysia Di Telok Bakong..Jemput Semua Hadir Beramai Ramai...


 Dijangkakan Puan Siti Aishah akan menyingkap isu isu panas tanah air serta kupasan dan penjelasannya.Manakala Ketua Penerangan PKR Perak Ustaz Zulkifly Ibrahim akan menayangkan slaid dan video isu isu terpilih dan Tuan Haji Usailli akan membongkar isu isu tempatan yang menjadi duri dalam daging kepada penduduk tempatan.Dijemput hadir beramai ramai untuk mendengar sendiri isu isu panas ini.


Monday, December 24, 2012

Memperkenalkan..Pusat Peranginan D'Lereng Ulu Chepor Chemor Perak.

             Sempena hari cuti sekolah ini elok lah kita melancong dan bersiar siar membawa keluarga berjalan jalan atau melancung membawa keluarga bersiar siar.Bagi keluarga dan orang persaorangan yang mahukan ketenangan dan kelainan didalam percutian mereka,TBO mahu mengesyorkan suatu destinasi yang terletak di lereng pergunungan di Kampong Ulu Chepor Chemor.Berkedudukan dengan Bandar Meru Raya membolehkan tempat ini ditujui dengan mudah.Kawasan ini adalah kawasan perlancungan yang berasaskan sungai dan air terjun disamping kawasan hutan hujan Khatulistiwa yang mampu menarik hati para pengunjung.


              D' Lereng ini menyediakan pelbagai kemudahan moden yang boleh didapati oleh pengunjung antara nya ialah Dewan terbuka yang berserta Projektor dan Audio sistem.Bilik penginapan yang berhawa dingin dan tandas yang baik.Selain itu terdapat 4 buah kolam renang yang berasaskan air sungai yang segar.Keluasan kolam ini membenarkan permainan bola air diadakan.Manakala 2 kolam air diperuntukkan untuk kanak kanak bermain.
Pemiliknya Encik Nasharuddin berkata pihaknya bersedia menerima tempahan dari badan badan kerajaan dan swasta untuk mengadakan aktiviti dipempatnya.Selain kolam kolam air yang disediakan,pihaknya ada menyediakan tempat untuk melakukan aktiviti lasak seperti 'Jungle Trekking' dan 'Flying Fox'.Tambahnya lagi beliau bersedia menambah lagi aktiviti aktiviti ini bergantung kepada kehendak pelanggan.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan beliau dengan talian ini 01955877002, Office 05 497002, Fax 05 5467002

Linkwithin