Wednesday, January 2, 2013

'Kami mahu keluar Felcra'


NORMAWATI ADNAN & SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
27 Disember 2012
Md Yusof (duduk, dua kiri) bersama barisan peserta Felcra dan pimpinan Pas dalam satu sidang media. Turut kelihatan Ishak (duduk, kanan).

IPOH -  Seramai 37 peserta Felcra Nasaruddin Belia, Seri Iskandar menyatakan hasrat keluar daripada pihak pengurusan setelah Felcra dikatakan gagal memberi penjelasan terperinci berhubung pembangunan tanah di kawasan itu.

Pengerusinya, Md Yusof Mat berkata, keputusan untuk mengusahakan sendiri tanah itu dibuat setelah mendapati berlakunya penyelewengan pemberian hak milik tanah dan kos pembangunan tanah oleh Felcra terhadap mereka.

Menurutnya, isu berkenaan timbul apabila peserta mendapati, pembahagian kaedah 55:45 peratus yang diberikan kepada mereka tidak mengikut konsep perjanjian yang termaktub.

“Berdasarkan perjanjian, 55 peratus daripada hasil yang diterima adalah milik peserta dan 45 peratus untuk pengurusan institusi tanah berkenaan.

“Kami agak terkejut apabila setiap potongan termasuk kos operasi dan caj pengurusan dibuat melalui hasil peserta, bukan termasuk dalam 45 peratus milik pengurusan Felcra.

“Keadaan yang berlaku ini agak mengelirukan kerana kaedah pembahagian hasil seumpama itu tidak dinyatakan dalam surat perjanjian,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Kemajuan Wilayah Badan Perhubungan Pas Perak, Razman Zakaria.

No comments:

Linkwithin