Thursday, December 27, 2012

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT HADIS 12



Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. Memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorangitu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di
tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".

Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya
dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegangkekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

3 comments:

Anonymous said...

sifat amanahakan hilang sedikit demi sedikit untuk semua yang bergelar manusia didunia ini tapi bukan untuk yahudi bin kominis saperti umno /bn. Duit buruh paksaan yang diberikan oleh kerajaan jepun disapu mahathir lakhanatullah

Telok Bakong said...

buruh paksa dikerah untuk buat jalan keretapi dari Thai ke Burma hingga mengorbankan nyawa.Negara Jepun meminta maaf dan telah membayar pampasan sebanyak 204 juta kepada rakyat malaysia melalui bank negara.Sehingga kini pampasan tersebut tidak dibayar lagi..hadis yang dipaparkan mengambarkan sifat amanah yang telah terhakis pada umat akhir zaman.

Anonymous said...

Tuan Guru ini amanahkah? Lebih 10ribu ekar tanah di gua musang di serahkan kpd DAP Perak Ngeh dan Ngor sedangkan rakyat sendiri ramai yg tak mempunyai tapak rumah.Ladang Rakyat apa jadi? balak habis tanah di agihkan kpd exco PAS termasuklah Tuan Guru dan Bininya. Peruntukan Air RM600juta dari kjaan pusat lesap begitu saja masaalah air tak selesai juga. amanahkah pemimpin ini?

Linkwithin